Bengkel Roket Air Tarik Minat Pelajar Sekolah

Muadzam Shah, 5 April – Sekumpulan lima orang mahasiswa dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan program ‘Water Rocket Workshop’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muadzam Jaya melibatkan penyertaan 35 orang pelajar Kelab Sains dan Matematik sekolah ini. Peserta diajar untuk membina roket air berlandaskan prinsip asas pembinaan sesebuah roket yang melibatkan konsep sains fizik yang mudah seperti konsep mengenai tekanan dan aerodinamik  yang dicipta sendiri mengikut bentuk roket yang mereka kehendaki.
Program dianjurkan Jabatan Kemahiran Insaniah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) dengan kerjasama German Academic Career Centre (GACC) dan Kelab Sains dan Matematik SMK Muadzam Shah.
Menurut penasihat program, Jamilah Bebe Mohamad berkata, program ini dapat memberi peluang kepada pelajar UMP untuk berkongsi pengetahuan serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta komuniti luar. “Ianya merupakan salah satu program dalam memupuk minat dan penglibatan para pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Matematik, Teknologi serta Kejuruteraan,” katanya.
Mahasiswa UMP yang mengikuti Kursus Kemahiran Insaniah ini mempelajari konsep kemahiran terhadap penyelesaian masalah, bekerjasama dan kepimpinan malah mereka dikehendaki mempraktikkan semua elemen ini dalam menjalankan tugasan.
Bagi pengarah program, mahasiswa tahun 2 program Kejuruteraan Automotif dengan kerjasama Karlsruhe University of Applied Sciences (HSKA) Jerman, Muhammad Nur’iman Farhan Mohamad Rosli berkata, program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi sains dan kejuruteraan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 
Ujarnya dengan pendedahan sebegini juga dapat menolak tanggapan terhadap bidang sains yang dianggap susah dan sukar dalam kalangan pelajar sekolah sebaliknya menjadikan Sains dan Matematik sebagai mata pelajaran yang diminati.
Lebih menarik pelajar berpeluang melancarkan roket mereka dan bertanding di antara kumpulan. Dalam program ini menyaksikan tujuh kumpulan bertanding bagi melihat sejauh mana kehebatan kumpulan masing-masing. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Fantastic diikuti tempat kedua oleh kumpulan Semuja Rocket dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Jumpers.
Sementara itu peserta program, Muhammad Muiz Roslee yang sedang mengikuti pembelajaran di tingkatan 2 berkata, kejayaan kumpulannya melancarkan roket tersebut telah membanggakan dirinya dan rakan-rakan yang lain kerana sebelum ini mereka tidak berpeluang untuk membina sendiri roket air dan melancarkannya. Beliau juga teruja untuk terus menerokai bidang Sains dan Matematik.
 
Hadir sama dalam program, penasihat Kelab Sains dan Matematik SMK Muadzam Jaya, Latipah Wasil yang mengharapkan program ini dapat diteruskan dalam menyuntik semangat dan motivasi pelajar untuk cemerlang dalam akademik serta bidang yang diminati.
 
Disediakan oleh: Nurain Rozy yang merupakan Setiausaha Program Water Rocket Workshop. 

Disediakan oleh: Nurain Rozy yang merupakan Setiausaha Program Water Rocket Workshop & Jamilah Bebe,Guru Penasihat Program.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 14-04-2017, 16:26:59