Program Statistics Is Awesome bantu pelajar UMP

Kuantan,19 Mac – Dalam usaha meningkatkan penguasaan subjek  statistik  dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mendorong Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) mengambil inisiatif mengadakan program Statistics Is Awesome bagi membantu pelajar Sarjana Muda.
 
Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) FSTI, UMP, Dr. Roslinazairimah Zakaria berkata, program ini dapat memberi motivasi dengan membantu meningkatkan pemahaman konsep asas kursus Applied Statistics kepada pelajar UMP terutamanya  yang masih memerlukan  belum menguasai sepenuhnya subjek  ini. 
 
"Program disertai seramai 34 pelajar  yang sedang mengikuti kursus Applied Statistics ini dalam semester 2 sesi 2016/2017. Ianya merupakan langkah awal sebagai persediaan sebelum pelajar ini menempuh ujian yang sebenar. Secara tidak langsung program ini dapat meningkatkan gred pelajar kepada yang lebih baik serta memahami konsep dalam menjawab soalan subjek statistik,” katanya.
 
Manakala Pengarah Program, Siti Roslindar Yaziz berkata,  program sehari ini  terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 (sebelum Ujian 1) dan Fasa 2 (sebelum Ujian 2) bagi memastikan kesinambungan perkembangan pelajar yang disasarkan dapat memahami konsep asas dengan baik. Program mendapat kerjasama pihak Mathematics Support Center (MSC)  dan Bahagian Kaunseling & Psikologi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti ini.
 
Disediakan oleh Adam Samsudin dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri dan Suntingan Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 13-04-2017, 11:26:19