UMP Menang Pertandingan Kereta Inovasi CHEM-E-CAR Ke-12

Kuantan, 8 April – Buat julung kalinya Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran pertandingan inovasi kereta yang menggunakan sumber tenaga yang berasal daripada tindak balas bahan kimia. Pertandingan Chem-E-Car kali ke-12 Peringkat Kebangsaan ini dianjurkan bersama Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA).
 
Dalam pertandingan ini, Kumpulan `Chem Rover` di bawah seliaan Prof Madya Dr Jolius Gimbun menang tempat ketiga bagi kategori `Car Challenge`. Dengan inovasi kereta ciptaan kumpulan ini juga berjaya mendapat tempat ke-7 bagi kategori `E-Poster` yang telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan plak.
 
Pertandingan menyaksikan juara telah dirangkul oleh kumpulan `Spektronics Aerio` daripada Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya, Indonesia dan tempat kedua dimenangi oleh kumpulan `Carbond` daripada Universiti Teknologi Petronas.
 
Menurut pengerusi program, Dr Azizul Helmi Sofian berkata, penyertaan tahun ini adalah yang terbesar semenjak pertandingan ini dianjurkan apabila sebanyak 72 kumpulan membabitkan 30 universiti dalam dan luar negara bersaing merebut kejuaraan.
 
“Bersesuaian dengan tema pada tahun ini `Innovation, Reaction & Regeneration` setiap kumpulan mempamerkan ciptaan inovasi kereta untuk bersaing. Selain Chem Rover, UMP juga menghantar satu lagi kumpulan bagi menyertai pertandingan ini iaitu kumpulan `Prime Mover V4.1`,” katanya.
 
Sementara itu bagi pengarah program, Loo Wennie, beliau amat gembira dan berbesar hati kerana dapat menganjurkan pertandingan yang berprestij ini. Hasil kerjasama yang amat baik terutamanya komitmen daripada pelajar FKKSA pihaknya berjaya menganjurkan pertandingan dengan memastikan penganjuran berjalan lancar.
 
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UMP (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato` Dr Yuserrie Zainuddin yang turut dihadiri Naib Presiden IEM, Ir. Prof. Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin serta Dekan FKKSA, Prof. Zulkafli Hassan.
 
Disediakan oleh Prof Madya Dr Jolius Gimbun dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 11-04-2017, 12:57:03