Hubungan baik Muehlbauer Technologies manfaatkan mahasiswa


 

Pekan, 2 Mac- Jalinan kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan   pihak Syarikat Muehlbauer Technologies Sdn Bhd dalam berkongsi pengalaman dan kepakaran melalui ceramah industri memanfaatkan mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) baru-baru ini. Turut berlangsung sesi temuduga mahasiswa tahun akhir bagi tawaran pekerjaan serta penempatan industri bagi mahasiswa tahun tiga di syarikat tersebut.
Menurut Dekan FKP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff berkata, hubungan kerjasama ini juga memberi peluang mahasiswa program DwiIjazah UMP-Jerman memohon penajaan pengajian daripada pihak Meuhlbauer.
“Kunjungan kali ini merupakan kunjungan kali ketiga pihak Muehlbauer ke FKP. Syarikat yang berpengkalan di Melaka ini merupakan sebuah one-stop-shop technology partner bagi kad pintar, e-passport, RFID serta industri solar. Selain itu, Muehlbauer juga menghasilkan komponen ketepatan tinggi dalam bidang micro-chip die sorting,pita pembawa, automasi, penandaan dan sistem kebolehkesanan,” katanya.  
Dalam pada itu, berlangsung satu majlis menandatangani dokumen hubungan kerjasama Non-disclosure Agreement (NDA) yang ditandatangani oleh Profesor Ir. Dr. Wan Azhar manakala pihak Muehlbauer diwakili Ketua Penyelidikan & Pembangunan, Hanizah Ahmad. Turut sama hadir Pengurus Pembangunan Sumber Manusia, Azmi Ibrahim dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian, Chiew Lee Seng.
Pemetraian NDA ini turut memberikan nilai tambah kepada pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang antara lain, memberi tumpuan kepada pemerkasaan jaringan kolaborasi strategik UMP dengan pihak industri. Walaupun NDA ini menggariskan aspek umum iaitu kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta penempatan pelajar latihan industri namun ianya tidak akan membataskan perimeter koloborasi di antara UMP-Muehlbauer, sebaliknya berpotensi untuk diteroka dalam lain-lain bidang melibatkan kedua-dua pihak. 
Disediakan Zuryaty Zol dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Suntingan Bahagian Komunikasi Korporat

 

Pekan, 2 Mac- Jalinan kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan pihak Syarikat Muehlbauer Technologies Sdn Bhd dalam berkongsi pengalaman dan kepakaran melalui ceramah industri memanfaatkan mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) baru-baru ini. Turut berlangsung sesi temuduga mahasiswa tahun akhir bagi tawaran pekerjaan serta penempatan industri bagi mahasiswa tahun tiga di syarikat tersebut.

Menurut Dekan FKP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff berkata, hubungan kerjasama ini juga memberi peluang mahasiswa program DwiIjazah UMP-Jerman memohon penajaan pengajian daripada pihak Meuhlbauer.

“Kunjungan kali ini merupakan kunjungan kali ketiga pihak Muehlbauer ke FKP. Syarikat yang berpengkalan di Melaka ini merupakan sebuah one-stop-shop technology partner bagi kad pintar, e-passport, RFID serta industri solar. Selain itu, Muehlbauer juga menghasilkan komponen ketepatan tinggi dalam bidang micro-chip die sorting, pita pembawa, automasi, penandaan dan sistem kebolehkesanan,” katanya.  

 

Dalam pada itu, berlangsung satu majlis menandatangani dokumen hubungan kerjasama Non-disclosure Agreement (NDA) yang ditandatangani oleh Profesor Ir. Dr. Wan Azhar manakala pihak Muehlbauer diwakili Ketua Penyelidikan & Pembangunan, Hanizah Ahmad. Turut sama hadir Pengurus Pembangunan Sumber Manusia, Azmi Ibrahim dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian, Chiew Lee Seng.

Pemetraian NDA ini turut memberikan nilai tambah kepada pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang antara lain, memberi tumpuan kepada pemerkasaan jaringan kolaborasi strategik UMP dengan pihak industri. Walaupun NDA ini menggariskan aspek umum iaitu kerjasama penyelidikan dan pembangunan serta penempatan pelajar latihan industri namun ianya tidak akan membataskan perimeter koloborasi di antara UMP-Muehlbauer, sebaliknya berpotensi untuk diteroka dalam lain-lain bidang melibatkan kedua-dua pihak. 

Disediakan Zuryaty Zol dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Suntingan Bahagian Komunikasi Korporat

 



Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 09-03-2017, 17:22:17