22 pendaki UMP bakal tawan Gunung Kinabalu

Kuantan,10 Januari- Seramai 22 pendaki Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal tawan Gunung Kinabalu dalam Misi Pendakian Gunung Kinabalu bermula  pada 10 hingga 14 Januari ini.
 
Mereka terdiri daripada 13 orang pelajar, 4 orang staf dan 5 orang alumni UMP ini dirai dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Tajaan Program Pendakian Gunung Kinabalu UMP 2017 anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Pejabat Naib Canselor.
 
Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Dato Dr. Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Pendaftar, Abd Hamid Majid, Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Hj Safie.
 
Prof. Dato Dr. Daing melahirkan rasa bangga dengan semangat dalam kalangan warga UMP dalam menjayakan misi pendakian ini apatah lagi menjelangnya ulang tahun UMP kali ke-15 pada tahun ini.
 
Menurut Abd Rahman, program telah dirancang sejak tahun 2015 lagi namun terpaksa ditunda berikutan penutupan sebarang aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu akibat gempa bumi yang berlaku di negeri Sabah.
 
“Atas faktor keselamatan sebarang aktiviti pendakian terpaksa dihentikan atas arahan Kerajaan Negeri dan misi ini merupakan kali kedua selepas pendakian pertama warga UMP pada tahun 2012,” katanya.
 
Sementara itu, Ketua Pendaki, Dr. Wan Mohd Hafizzuddin Wan Yusuf yang juga merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli berkata, persiapan yang rapi dan persediaan telah dilakukan bagi menghadapi cabaran semasa pendakian.
 
Pihaknya juga menghargai sokongan pihak pengurusan UMP dan doa seluruh warga UMP dalam merealisasikan misi pendakian kali ini terutamanya dalam mengibarkan bendera UMP di Puncak Gunung Kinabalu yang merupakan Gunung Tertinggi di Asia Tenggara.
 
Turut sama menjayakan misi adalah komitmen pihak lain terutamanya penyumbang yang terdiri daripada MKG Teguh Enterprise, Alumni UMP, Tobbit System, Suria, Taat Abadi, UMP Holding, Perodua, Sukan Maju Sdn Bhd dan tajaan daripada orang perseorangan.
 Berita disediakan oleh Abd Rahman Hj Shafie,Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan.Disunting Bahagian Komunikasi Korporat.

Berita disediakan oleh Abd Rahman Hj Safie dari Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 12-01-2017, 12:35:09