Bengkel Supermuslim manfaat anak-anak staf UMP

Pekan, 21 Disember– Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program ‘Workshop Supermuslim 2016’ di Masjid UMP Pekan bagi memanfaatkan anak-anak sempena musim cuti sekolah baru-baru ini.
 
Bertepatan dengan nilai teras  UMP iaitu Hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta, PIMPIN mengambil langkah dengan menganjurkan program meningkatkan aspek pembangunan sahsiah diri peserta di samping mengukuhkan nilai kerohanian dan jati diri sebagai seorang muslim sejati.
 
Program yang dikendalikan  9 orang fasilitator dan 5 orang staf PIMPIN ini membabitkan penyertaan seramai 49 orang peserta yang terdiri dalam kalangan anak-anak staf yang berkhidmat di UMP.
 
Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam UMP, Ustaz Muhammad Sallehudin Md Derus berkata, suasana ceria para peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi bermula dari slot yang pertama lagi.
 
“Pada peringkat awal, program ini hanya mensasarkan kepada 30 peserta sahaja namun sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang berada dalam lingkungan umur 8 tahun sehingga 13 tahun menyebabkan pihak penganjur terpaksa menambah lagi bilangan peserta yang mendaftar,” katanya.
Ujar Ustaz Muhammad Sallehudin , program selama tiga hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi jati diri, kerohanian, fizikal dan interlektual dalam mencapai objektif melatih para peserta agar berfikiran inovatif, kreatif dan berdikari sebagai persediaan untuk menempuh alam remaja nanti.
 
Antara pengisian ilmiah yang terkandung dalam program ini ialah ‘Who Am I?’, ‘Karektor Anak Soleh’, ‘Asas Keperibadian Muslim’, ‘Asas Bersuci dalam Islam’, ‘Kepentingan Solat sebagai Seorang Muslim’ dan ‘Kepentingan Mempelajari Al-quran’. Di samping itu, aktiviti dalam kumpulan (LDK) juga diwujudkan bagi memantapkan lagi pemahaman bagi memberi keberkesanan terhadap penerapan nilai yang ditonjolkan.
Menurut peserta program, Hassan Nasrullah Ramdan, 10 yang belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Haq Muadzam melahirkan rasa  seronok dan berhasrat untuk menyertai program sebegini pada masa akan datang.
Selain itu, peserta juga berpeluang mengikuti aktiviti Explorace Ilmu dengan aktiviti menguji minda dan fizikal yang berkisar tentang slot ceramah yang telah diberikan di sepanjang program.
 
Disediakan Norhidayah Mohamed dari Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 04-01-2017, 10:01:30