Sukarelawan UMP berbakti di Kampung Crai An Dait Phnom Penh


Phnom Penh, 18 Disember- Seramai 25 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada pelajar dan staf menyertai Misi Kemanusiaan ke Kemboja Siri V selama lima hari bersama masyarakat di Kampung Crai An Dait Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini.

Program Misi Kemanusiaan UMP Kemboja siri V ini adalah kesinambungan daripada  misi UMP yang dilaksanakan dalam membantu umat Islam Kemboja agar dapat meringankan beban kehidupan dan taraf pendidikan masyarakat di kampung tersebut.
Pada kali ini program dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor, Jabatan Pendaftar dan Pusat Kesihatan Universiti. Hadir sama menyertai program adalah Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid.
Menurut Abd Hamid, program ini adalah sebagai tanda prihatin warga UMP terhadap kedaifan dan keadaan hidup serba kekurangan umat Islam di Kemboja. Ketibaan sukarelawan UMP ini disambut dengan meriah dalam kalangan penduduk kampung.
“Peserta menyaksikan kesusahan masyarakat setempat yang jauh berbeza dengan penduduk negara kita di Malaysia. Pendedahan ini memberi peluang kepada warga UMP untuk menggalakkan semangat kesukarelawanan selain menerapkan penerapan nilai dan etika masyarakat di sini, “ katanya.
Manakala menurut Pengarah Program, Nur Amirah Yusra Zubir, 21  berkata program  ini telah disusun pelbagai aktiviti bagi masyarakat di kampung di Kampung Crai An Dait Phnom Penh, Kemboja. Misi kali ini hanya tertumpu kepada Kampung Crai An Dait memandangkan keadaan penduduk kampung yang daif.
Sebanyak tiga modul yang telah dijalankan sepanjang program di Kemboja iaitu Modul Pembangunan, Modul Pendidikan dan Modul Kesihatan. Modul pendidikan yang dijalankan melibatkan 150 orang kanak-kanak dari berusia 5 – 15 tahun untuk belajar mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris.
Selain itu juga kanak-kanak ini diperkenalkan dengan  permainan tradisional Malaysia iaitu congkak, guli, batu seremban, galah panjang dan lompat tikus. Ujarnya sehingga membuatkan hati kami tersentuh, walaupun keadaan mereka serba sederhana, namun mereka amat menghormati dan mempunyai nilai murni yang tinggi.
Turut diadakan program gotong-royong  membersihkan kawasan sekolah seperti bilik darjah dan kawasan masjid. Pada masa yang sama turut diserahkan sumbangan kepada 95 penduduk kampung. Sekarelawan juga mengadakan pemeriksaan kesihatan dengan memberikan vitamin dan mengajar cara membasuh tangan dengan betul  kepada orang dewasa. Manakala bagi kanak-kanak pula mereka diajar cara memberus dan penjagaan gigi dengan betul selain penjagaan rambut.
Dari keriangan mereka jelas terpancar kegembiraan kanak-kanak ini dengan ketibaan kami disini sehinggakan rasa amat teramat sedih pada hari terakhir mereka berada di kampung ini.
Mereka juga berpeluang mengadakan kunjungan  ke kedutaan  Besar Malaysia yang disambut oleh Duta Besar Malaysia di Kemboja Dato’ Sri Hasan Malek dan  melawat ke National University Of Management (NUM).
Menurut Penghulu Kampung Crai An Dait Phnom Penh,  Haji Yusof Mohd, 60, mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMP yang sentiasa membantu mereka di sini terutama dari segi pelajaran dan sumbangan  keperluan harian.
Dengan program ini banyak memberi impak yang positif kepada penduduk kampung terutamanya dari golongan kanak-kanak yang begitu dahagakan ilmu pengetahuan dan sanggup bangun pada awal pagi untuk menyertai program yang dijalankan. Beliau mengharapn misi ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk bersama-sama membangunkan cita –cita anak-anak di sini.
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat   

Phnom Penh, 18 Disember- Seramai 25 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada pelajar dan staf menyertai Misi Kemanusiaan ke Kemboja Siri V selama lima hari bersama masyarakat di Kampung Crai An Dait Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini. Misi Kemanusiaan UMP Kemboja siri V ini adalah kesinambungan daripada  misi UMP yang dilaksanakan dalam membantu umat Islam Kemboja agar dapat meringankan beban kehidupan dan taraf pendidikan masyarakat di kampung tersebut.

Pada kali ini program dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor, Jabatan Pendaftar dan Pusat Kesihatan Universiti. Hadir sama menyertai program adalah Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid.

 

 

Menurut Abd Hamid, program ini adalah sebagai tanda prihatin warga UMP terhadap kedaifan dan keadaan hidup serba kekurangan umat Islam di Kemboja. Ketibaan sukarelawan UMP ini disambut dengan meriah dalam kalangan penduduk kampung.

“Peserta menyaksikan kesusahan masyarakat setempat yang jauh berbeza dengan penduduk negara kita di Malaysia. Pendedahan ini memberi peluang kepada warga UMP untuk menggalakkan semangat kesukarelawanan selain menerapkan penerapan nilai dan etika masyarakat di sini, “ katanya.

Manakala menurut Pengarah Program, Nur Amirah Yusra Zubir, 21  berkata program  ini telah disusun pelbagai aktiviti bagi masyarakat di kampung di Kampung Crai An Dait Phnom Penh, Kemboja. Misi kali ini hanya tertumpu kepada Kampung Crai An Dait memandangkan keadaan penduduk kampung yang daif.

Sebanyak tiga modul yang telah dijalankan sepanjang program di Kemboja iaitu Modul Pembangunan, Modul Pendidikan dan Modul Kesihatan. Modul pendidikan yang dijalankan melibatkan 150 orang kanak-kanak dari berusia 5 – 15 tahun untuk belajar mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris.

Selain itu juga kanak-kanak ini diperkenalkan dengan  permainan tradisional Malaysia iaitu congkak, guli, batu seremban, galah panjang dan lompat tikus. Ujarnya sehingga membuatkan hati para sukarelawan tersentuh kerana walaupun keadaan mereka serba sederhana, namun mereka amat menghormati orang lain dan mempunyai nilai murni yang tinggi.

 

Turut diadakan program gotong-royong  membersihkan kawasan sekolah seperti bilik darjah dan kawasan masjid. Pada masa yang sama turut diserahkan sumbangan kepada 95 orang penduduk kampung. Sukarelawan juga mengadakan pemeriksaan kesihatan dengan memberikan vitamin dan mengajar cara membasuh tangan dengan betul  kepada orang dewasa manakala bagi kanak-kanak pula mereka diajar cara memberus dan penjagaan gigi dengan betul selain penjagaan rambut.

Mereka juga berpeluang mengadakan kunjungan  ke pejabat kedutaan  Besar Malaysia yang disambut oleh Duta Besar Malaysia di Kemboja Dato’ Sri Hasan Malek dan mengadakan lawatan rasmi ke National University Of Management (NUM).

 

Menurut Penghulu Kampung Crai An Dait Phnom Penh,  Haji Yusof Mohd, 60, mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMP yang sentiasa membantu mereka di sini terutama dari segi pelajaran dan sumbangan  keperluan harian. Program ini banyak memberi impak yang positif kepada penduduk kampung terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang begitu dahagakan ilmu pengetahuan sehinggakan mereka sanggup bangun pada awal pagi untuk menyertai program yang dijalankan. Beliau mengharapkan misi ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk bersama-sama merealisasikan impian dan cita –cita anak-anak mereka di sini.

Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat   

 



Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 28-12-2016, 11:58:29