Sukarelawan UMP, Alumni Serah Sumbangan Kelengkapan Persekolahan

Kuantan, 24 Disember – Seramai 74 pelajar sekitar Kuantan dan Pekan telah menerima sumbangan kelengkapan sekolah menerusi Program Ziarah Prihatin “Back to School” 2016 baru-baru ini dalam usaha membantu golongan yang memerlukan tatkala menjelang sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.
Program anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang (Alumni UMP) ini mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,  UMP Advanced Education (UMP Advanced) dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Pahang.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Alumni UMP merangkap Pengarah Program, Mohd Najib Razali, berkata program ini membabitkan dua siri iaitu siri pertama melibatkan seramai 75 orang yang telah menerima sumbangan manakala  siri kedua akan diadakan pada 28 Disember 2016 bagi lebih 40 orang pelajar lagi.
“Daripada 75 penerima tersebut 55 orang penerima dari daerah Kuantan dan 19 orang dari daerah Pekan. Kami memfokuskan pengagihan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan persekolahan kepada mereka yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan asnaf zakat,” katanya.
Program ziarah ini berjalan serentak di kedua-dua  buah pasaraya yang terletak di dua daerah iaitu, di Pasaraya Mydin, Kuantan dan di Pasaraya Ten Ten di Pekan.
Tambah beliau, pelajar ini  dibawa membeli belah di pasaraya tersebut dan diberi peluang memilih sendiri keperluan persekolahan dengan bantuan dari sukarelawan yang terlibat dalam program ini. Sejurus selesai membeli keperluan sekolah, pelajar-pelajar ini dibawa menikmati makan tengah hari di Restoran Makanan Segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di Indera Mahkota, Kuantan dan di KFC Pekan.
Katanya, jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ini sepanjang program ini berlangsung dengan pelbagai gelagat mereka dalam memilih peralatan persekolahan.
Mohd Najib  mengharapkan penglibatan alumni UMP dalam program seperti ini amat di alu-alukan sebagai salah satu cara untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial terhadap komuniti setempat dan ianya dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Usaha ini sebagai menyokong hasrat universiti dalam menjayakan inisitiaf MyGift untuk dimanfatan penduduk setempat.
Menurut seorang penerima sumbangan, Syed Putra  Malik Al Idrus Syed Mohd Ridzuan, 14, beliau amat berterima kasih atas sumbangan ini dan terharu kerana  tidak menyangka dapat menyarungkan pakaian persekolahan baharu untuk sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.
Katanya, sejak kehilangan Arwah ayah pada bulan Ramadan lalu, kehidupan saya dan 7 orang adik lagi, berubah kerana ibu tiada pendapatan tetap lagi, tambahan pula ibunya tidak bekerja.
Hadir sama Penasihat Persatuan Alumni, Tuan Syed Mohamad Hamzah Al-Junid   Syed Abdul Rahman serta 40 sukarelawan yang terdiri dari staf ,pelajar UMP, Alumni UMP dan NGO yang turut bersama-sama membantu melancarkan program ini.
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 27-12-2016, 16:57:24