Delegasi Antarabangsa GBWG teruja terhadap kajian penyelidikan bauksit

Kuantan, 25 November – Penglibatan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam merangka pelan standard operasi (SOP) bersama pihak berkuasa awam khususnya dalam industri perlombongan bauksit di Pahang menarik perhatian antarabangsa yang merupakan delegasi Global Bauxite Working Group (GBWG) berkunjung ke UMP baru-baru ini.
 
Kehadiran delegasi diketuai oleh Dr. Tim Evans daripada Rio Tinto Aluminium, Australia ke Makmal Mekanik Tanah & Geoteknik Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) disambut oleh Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan & Inovasi”, Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff bersama Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (CERRM), Dr. Jacqueline Isabella Gisen.
 
Turut sama hadir bersama delegasi tersebut ialah Pengurus Kanan Operasi & Kawal Selia, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Dato’ Asmawi Nordin, Owen Lofthouse dari Rio Tinto Aluminium, Australia, Gustavo Correia dari Alcoa, Rubin Castello yang dari Pejabat Hal Ehwal Korporat Misorelli Brazil dan Chris Russel dari Russel Geotechnical Innovations, United Kingdom.
 
Menurut Profesor Dr. Mashitah, inisiatif awal yang dimainkan oleh UMP melalui kajian yang dilakukan oleh Dr. Muzamir Hasan adalah penting dalam mengumpul data-data khusus bagi pembangunan SOP yang mapan dalam aktiviti perlombongan bauksit. Beliau juga turut menyambut baik hasrat Lembaga Pelabuhan Kuantan dan pihak GBWG dalam menjadikan UMP sebagai rakan strategik terkini bagi pemantauan aktiviti perlombongan dan pengeskportan bauksit di negeri ini.
 
“Terima kasih dan ucapan penghargaan kepada pihak GBWG atas usaha dan komitmen yang berterusan bersama pihak International Maritime Organization (IMO) dalam memastikan keselamatan industri perlombongan bauksit di seluruh dunia berada pada tahap terbaik” katanya.
 
Sementara itu, Dr. Tim Evans, kajian awal yang telah dilakukan oleh UMP adalah sangat penting dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat terutamanya kepada pihak berkepentingan. Beliau juga turut menghargai usaha dan komitmen UMP yang aktif melibatkan diri dalam aspek pemantauan dan juga pembangunan SOP yang mapan dalam aktiviti perlombongan bauksit di negeri ini.
 
GBWG telah ditubuhkan oleh kumpulan penyelidikan bauksit di Australia, Brazil dan China, dengan tujuan untuk memastikan bahawa penyelidikan industri mengenai perubahan bauksit semasa penghantaran adalah sejajar dan dikaji semula. GBWG juga akan menyediakan peer industry global review report yang akan dimuktamadkan dan dikemukakan untuk semakan oleh IMO pada Mac 2017.
 
Selain membincangkan isu-isu global berkaitan perlombongan bauksit, pertemuan tersebut juga menyaksikan wakil-wakil industri luar negara tersebut turut berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dalam penyelidikan khususnya melibatkan bauksit selain menyentuh peluang penyelidikan yang menjurus kepada peluang UMP untuk berkolaborasi bersama-sama Lembaga Pelabuhan Kuantan dan juga pihak GBWG pada masa akan datang.
 
Selain Makmal Mekanik Tanah & Geoteknik FKASA, delegasi tersebut juga turut dibawa melawat Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF) dan juga Makmal Berpusat UMP. Turut sama hadir menyertai lawatan; Timbalan Dekan Penyelidikan & Pascasiswazah FKASA, Dr. Doh Shu Ing, Ketua Makmal Mekanik Tanah & Geoteknik FKASA, Dr. Youventharan Duraisamy, Pengarah CARIFF, Profesor Dr. Hayder A. Abdul Bari, dan Pengarah Makmal Berpusat, Profesor Madya Dr. Gaanty Pragas Maniam.
 
Disediakan oleh Ahmad Amirul Faiz Ahmad Tajudin, Pegawai Penyelidik CERRM dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 20-12-2016, 16:21:56