Tingkat Kemahiran penulisan dalam Bengkel Penulisan Jurnal


 

Pekan, 6 Disember- Kumpulan Fokus ‘Technology Enhanced Language Learning’ dari  Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) menganjurkan satu bengkel bagi meningkatkan kemahiran dalam penulisan jurnal kepada para akademik dan pelajar pasca siswazah baru-baru ini bertempat di Bilik Mesyuarat PBMSK Aras 1 Kampus UMP Gambang .
Dalam program ini peserta berpeluang berkongsi pengalaman dengan Pegawai Penyelidik dari Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM),   Hayrol Azril Mohamad Shafril yang pernah terlibat dalam melaksanakan 38 projek penyelidikan seperti FRGS, ERGS, Sciencefund dan Geran Universiti Penyelidikan.
Selain itu, sebanyak 11 projek konsultansi termasuk dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), AIM, MDEC, Kerajaan Negeri Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Yayasan Pengaman Malaysia.
Pengarah Program, Dr. Zuraina Ali berkata, bengkel ini adalah suatu platform terbaik bagi para akademik serta pelajar pascasiswazah untuk mempelajari serta memperkukuh pengetahuan mereka dalam bidang penulisan artikel.
“Pelbagai program telah dijalankan oleh Kumpulan Fokus ‘Technology Enhanced Language Learning’ dan Bengkel Penulisan Jurnal menggunakan Journal Development Tool (JDeT) ini adalah program penutup tirai pada tahun ini. Perkongsian yang disampaikan penceramah secara santai bersesuaian dengan audien yang majoritinya terdiri dari pelajar pascasiswazah yang kini dalam pengajian semester satu hingga empat,” katanya.
Menurut beliau, penyelidik ini juga berjaya menghasilkan sejumlah 121 artikel jurnal yang mana 92 daripadanya tersenarai dalam Citation Indexed Journal (Scopus dan Web of Science (Q1, Q2, Q3 dan Q4).
Pada masa yang sama, penceramah telah memperkenalkan alat bantu belajar yang mengkhususkan kepada penulisan artikel jurnal yang dinamakan JDeT ini. Alat tersebut telah dihasilkan dengan kerjasama Profesor Dr. Bahaman Abu Samah yang merupakan seorang profesor yang berpengalaman lebih dari 40 dekad dalam bidang statistik dari Fakulti Pendidikan, UPM.  
Dalam pada itu, salah seorang peserta, Kasturi Sivabalan dari Kolej Universiti Widad (dahulu dikenali sebagai Shahputra) berkata, menerusi bengkel ini beliau dapat memulakan penulisan artikel dengan lebih awal yang dapat membantunya untuk menghasilkan kertas konsep. Bengkel ini membabitkan penyertaan daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Elektronik, PBMSK serta Kolej Universiti Widad.   
Disediakan Dr. Zuraina Ali dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan dan Suntingan Bahagian Komunikasi  Korporat

Pekan, 6 Disember- Kumpulan Fokus ‘Technology Enhanced Language Learning’ dari  Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) menganjurkan satu bengkel bagi meningkatkan kemahiran dalam penulisan jurnal kepada para akademik dan pelajar pasca siswazah baru-baru ini bertempat di Bilik Mesyuarat PBMSK Aras 1 Kampus UMP Gambang .

Dalam program ini peserta berpeluang berkongsi pengalaman dengan Pegawai Penyelidik dari Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM),   Hayrol Azril Mohamad Shafril yang pernah terlibat dalam melaksanakan 38 projek penyelidikan seperti FRGS, ERGS, Sciencefund dan Geran Universiti Penyelidikan.

Selain itu, sebanyak 11 projek konsultansi termasuk dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Perbadannan Pembangunan Multimedia (MDEC), Kerajaan Negeri Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Yayasan Pengaman Malaysia.

Pengarah Program, Dr. Zuraina Ali berkata, bengkel ini adalah suatu platform terbaik bagi para akademik serta pelajar pascasiswazah untuk mempelajari serta memperkukuh pengetahuan mereka dalam bidang penulisan artikel.

“Pelbagai program telah dijalankan oleh Kumpulan Fokus ‘Technology Enhanced Language Learning’ dan Bengkel Penulisan Jurnal menggunakan Journal Development Tool (JDeT) ini adalah program penutup tirai pada tahun ini. Perkongsian yang disampaikan penceramah secara santai bersesuaian dengan audien yang majoritinya terdiri dari pelajar pascasiswazah yang kini dalam pengajian semester satu hingga empat,” katanya.

Menurut beliau, penyelidik ini juga berjaya menghasilkan sejumlah 121 artikel jurnal yang mana 92 daripadanya tersenarai dalam Citation Indexed Journal (Scopus dan Web of Science (Q1, Q2, Q3 dan Q4).

Pada masa yang sama, penceramah telah memperkenalkan alat bantu belajar yang mengkhususkan kepada penulisan artikel jurnal yang dinamakan JDeT ini. Alat tersebut telah dihasilkan dengan kerjasama Profesor Dr. Bahaman Abu Samah yang merupakan seorang profesor yang berpengalaman lebih dari 4 tahun dalam bidang statistik dari Fakulti Pendidikan, UPM.  

Dalam pada itu, salah seorang peserta, Kasturi Sivabalan dari Kolej Universiti Widad (dahulu dikenali sebagai Shahputra) berkata, menerusi bengkel ini beliau dapat memulakan penulisan artikel dengan lebih awal yang dapat membantunya untuk menghasilkan kertas konsep. Bengkel ini membabitkan penyertaan daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Elektronik, PBMSK serta Kolej Universiti Widad.   

Disediakan Dr. Zuraina Ali dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan dan Suntingan Bahagian Komunikasi  Korporat

 



Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 09-12-2016, 11:18:55