500 guru tingkat kemahiran mengajar Bahasa Inggeris dalam SPELT-C


 

Pekan, 27 Oktober- Seramai 500 guru berhimpun dalam Persidangan Guru Bahasa Inggeris Negeri Pahang (SPELT-C) bagi bertukar idea dan berkongsi amalan terbaik dalam pendidikan Bahasa Inggeris yang diadakan di UMP Pekan baru-baru ini. Program mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Yayasan Pahang (YP) dan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Hadir merasmikan persidangan, Pengurus Besar YP, Dato’ Haji Mahmud Mohd. Nawawi,  Ketua Sektor Akademik JPNP, Hajjah Asiah Hamzah dan Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab.
Menurut Dato’ Haji Mahmud, pihaknya amat menyokong penuh usaha penganjuran persidangan ini bagi menggalakkan guru-guru mengambil inisiatif menjalankan program interversi di sekolah yang dapat mewujudkn rangkaian kerja membabitkan pendidik, guru bahasa Inggeris dan penceramah.
“Kemahiran berbahasa Inggeris ini amat diperlukan terutamanya dalam berkomunikasi dalam dunia tanpa sempadan malahan ianya juga merupakan kunci dalam mencari peluang dan pembangunan kerjaya pada masa depan,” katanya.
Pihaknya juga mengadakan pelbagai program melibatkan kerjasama dengan pihak sekolah antaranya Program Anak Yatim Permata Hati, Program Perancangan Harus Lulus, pemberian biasiswa sekolah rendah dan menengah dan lain-lain.
Bertemakan “Gerbang Kualiti Pendidikan: Inovasi, Kreativiti dan Perkongsian Amalan Terbaik” menyaksikan sebanyak 45 sidang selari diadakan mmbabitkan guru dan pensyarah UMP untuk berkongsi pengetahuan.
Lebih menarik perkongsian pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zuraidah Mohd. Don dan pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UMP), Profesor Dr. Jayakaran Mukundan.

Pekan, 27 Oktober- Seramai 500 guru berhimpun dalam Persidangan Guru Bahasa Inggeris Negeri Pahang (SPELT-C) bagi bertukar idea dan berkongsi amalan terbaik dalam pendidikan Bahasa Inggeris yang diadakan di UMP Pekan baru-baru ini. Program mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Yayasan Pahang (YP) dan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

 

Hadir merasmikan persidangan, Pengurus Besar YP, Dato’ Haji Mahmud Mohd. Nawawi yang trut dihadiri Ketua Sektor Akademik JPNP, Hajjah Asiah Hamzah dan Dekan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab.

Menurut Dato’ Haji Mahmud, pihaknya amat menyokong penuh usaha penganjuran persidangan ini bagi menggalakkan guru-guru mengambil inisiatif menjalankan program interversi di sekolah yang dapat mewujudkn rangkaian kerja membabitkan pendidik, guru bahasa Inggeris dan penceramah bagi meningkatkan kemahiran dan inovasi pelajar minat mempelajari bahasa Inggeris.

  

“Kemahiran berbahasa Inggeris ini amat diperlukan terutamanya dalam berkomunikasi dalam dunia tanpa sempadan malahan ianya juga merupakan kunci dalam mencari peluang dan pembangunan kerjaya pada masa depan,” katanya.

Pihaknya juga mengadakan pelbagai program melibatkan kerjasama dengan pihak sekolah antaranya Program Anak Yatim Permata Hati, Program Perancangan Harus Lulus, pemberian biasiswa sekolah rendah dan menengah dan lain-lain.

 

Bertemakan “Gerbang Kualiti Pendidikan: Inovasi, Kreativiti dan Perkongsian Amalan Terbaik” menyaksikan sebanyak 45 sidang selari diadakan membabitkan guru dan pensyarah UMP untuk berkongsi pengetahuan. Lebih menarik peserta berpeluang berkongis pengalaman dengan pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zuraidah Mohd. Don dan pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UMP), Profesor Dr. Jayakaran Mukundan dalam usaha menarik minat pelajar menguasai bahasa Inggeris.

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

 



Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 27-10-2016, 17:01:25