Gigvaganza-ECER tingkat kemahiran tatabahasa Bahasa Inggeris

Kuantan, 25 Julai– Seramai 400 pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5 daripada enam buah sekolah sekitar Kuantan telah menyertai Program Gigvaganza –Empower  ECER  2016 : Fun Learning English bertempat di Dewan Astaka baru-baru ini.
Majlis dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Ahmad Azmey Hj Abu Talib. Hadir sama Pengurus Bahagian  Pembangunan Modal Insan ECERDC, Benji Johan Ibrahim, Ketua Program Jabatan Bahasa Moden, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Dr. Noor Raha Mohd Radzuan dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan UAE, Zainal Hj Bahari. 
Menurut Dato’ Ahmad Azmey, program kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UMP ini dapat membantu kerajaan membangunkan  sosioekonomi rakyat dengan menawarkan khidmat kepakaran akademik.
Tambahnya, menerusi peranan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP dapat melaksanakan program ini seterusnya dapat membantu masyarakat setempat dalam penguasaan bahasa inggeris.  
Menurut  Benji Johan Ibrahim, program ini merupakan platform untuk pelajar sekolah mengaplikasikan serta mengukuh tatabahasa yang dipelajari seterusnya mengubah persepsi pelajar terhadap tatabahasa yang sering dianggap sukar.
Katanya, peserta yang terlibat ini adalah terdiri daripada Pelajar Empower ECER 2016 iaitu 180 pelajar PT3 dan 180 pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini.
Ujarnya, seperti makluman umum, program Empower ECER ini merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang wujud antara masyarakat luar bandar dan bandar selaras dengan Model Ekonomi Baru dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara.
“Melalui peningkatan pendidikan dan kemahiran, warga ECER mampu memperbaiki taraf kehidupan dan menikmati peluang-peluang yang tersedia hasil kemajuan pesat Pahang dan di negara Malaysia amnya,” katanya.
Empower ECER terbahagi kepada dua program, program latihan akademik untuk pelajar sekolah yang lemah dari segi akademik serta berasal daripada keluarga berpendapatan  rendah, manakala program latihan kemahiran dan keusahawanan pula memfokuskan kepada golongan belia dan dewasa yang kurang bernasib baik.
Beliau berharap menerusi program ini para pelajar akan terus bersemangat untuk meningkatkan lagi limu pengetahuan dan mendorong mereka agar lebih cemerlang dalam pelajaran.
Bagi Dr. Noor Raha pula berkata, amat berterima kasih di atas kejasama para gugu-guru dan pelajar yang terlibat pada program hari ini. Diharapkan kerjamasa ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Program Gigvaganza  adalah salah satu untuk inisiatif kreativiti untuk mempelajari tatabahasa dalam bahasa Inggeris dengan lebih menarik. Antara sekolah yang terlibat seperti Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK)  Pandan, SMK Astana, SMK Padang Garuda, SMK Lepar, SMK Dato’ Mahmud Mat, SMK Paloh Hinai.
Manakala peserta dari SMK Lepar, Siti Noor Khairunnisa Asmadi melahirkan perasaan gembira apabila berpeluang untuk menyertai program ini. Sepanjang program ini banyak memberi ilmu tentang penggunan tatabahasa yang betul dalam perbualan seharian. Selain itu juga secara tidak langsung memberikan pelajar lebih berkeyakinan untuk berbual dalam bahaga Inggeris.
Disediakan oleh Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 02-08-2016, 08:05:25