GIGVaganza UMP tingkat pemahaman tatabahasa bahasa Inggeris pelajar

Kuantan, 14 Julai – Lebih 500  pelajar Diploma Universiti Malaysia Pahang  (UMP) telah menyertai program Get Into Grammar (GIGvaganza 2016) anjuran Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) dalam meningkatkan pemahaman tatabahasa bahasa Inggeris dalam program yang diadakan di Dewan Astaka, UMP Gambang baru-baru ini.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Program Jabatan Bahasa Moden, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan iaitu Dr. Noor Raha Mohd Radzuan. 
Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajar dalam kehidupan harian kerana dengan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ianya juga dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan berpeluang tinggi mendapatkan pekerjaan.
Manakala menurut Pengarah Program, Azimah Ahmad Zaki berkata, program ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Diploma Tahun 1 Semester 0 2016/2017 khususnya aspek tatabahasa.
“Selain dari itu, program ini bertujuan mengubah persepsi pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dengan menggunakan pendekatan yang kreatif, interaktif dan menyeronokkan. Program GIGvaganza ini merupakan anjuran kali keenam dalam memantapkan penguasaan tatabahasa pelajar UHL1412,” katanya.
Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti yang berasaskan aplikasi tatabahasa yang merentasi kurikulum serta berintegrasikan kreativiti dan teknologi telah dimuatkan didalam program ini. Melalui program ini juga, para pelajar dapat mengaplikasikan segala kemahiran yang mereka pelajari di dalam kursus ini seperti kemahiran komunikasi, intrapersonal dan interpersonal.
Menurut peserta, Syazana Mohd Suhaimi yang merupakan pelajar Diploma Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA),  program ini banyak membantu peserta untuk mengingatkan semula dalam pengunaan tatabahasa Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dijalankan juga amat menyeronokkan untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Inggeris.  
Antara aktiviti yang dijalankan seperti Arrange the adjective (Adjective), Learning by doing (Verb), Which one comes first? (Sentence Structure), Odd one out ( Parts of Speech), Place me right! (Preposition) dan When is this? (Tenses)
 -habis-
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 20-07-2016, 15:39:36