Perpustakaan UMP jadi tumpuan pamer Legasi Kepimpinan


 

Pekan, 19 Mei- Pameran Legasi Kepimpinan: Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipamerkan di Perpustakaan UMP Pekan sejak 10 Mac lalu terus dikunjungi tetamu dan pelawat yang tidak melepaskan peluang menyaksikan koleksi gambar terbaik hasil kerjasama pihak  Perpustakaan The New Straits Times (NSTP) sempena perasmian nama Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak (CanSTAR) pada 24 Februari 2016 yang lalu.
 
Menurut Pustakawan UMP, Haji Ruslan Che Pee berkata, Pameran Legasi Kepimpinan ini juga merupakan suatu sejarah sebagai mengenang 40 tahun penglibatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam arena politik.
 
“Ironinya pameran terbabit juga merujuk angka 40 bilangan foto bergambar yang mana 20 keping memaparkan gambar bersejarah dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan Datuk Seri Najib manakala 20 keping lagi memaparkan foto bersejarah yang melibatkan perdana menteri ke-2 iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan ayahanda kepada Datuk Seri Najib,” katanya.
 
Pameran dua tokoh negarawan ini juga telah menerima lawatan dari pelbagai golongan masyarakat yang ingin melihat dengan lebih dekat lagi gambar kedua tokoh terbabit. Malahan pelbagai kata-kata pujian dan semangat telah dicatat pada buku pelawat pameran  sebagai menghargai tokoh negarawan terbabit.
 
Sementara itu, Timbalan Pustakawan, Dzull Zabarrod Ahmad berkata, sejak dipindahkan lokasi pameran dari Bangunan CanSTAR ke perpustakaan, pihaknya  menerima seramai 279 orang daripada pelajar sekolah antaranya  SK Chini 1 & 4, SM Teknik Terengganu, SK Teruntum dan Institut Kong Zi.
 
Katanya, sambutan hangat juga diterima dari lawatan pelajar dan juga staf UMP serta masyarat di sekitar Pekan Pahang. Pihaknya mengharapkan pameran ilmiah ini dapat memberi pendedahan tentang tokoh kepimpinan kepada masyarakat sekitar.
Disediakan oleh Iswan Akim Bin Ismail,Perpustakaan UMP Pekan.

 

Pekan, 19 Mei- Pameran Legasi Kepimpinan: Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipamerkan di Perpustakaan UMP Pekan sejak 10 Mac lalu terus dikunjungi tetamu dan pelawat yang tidak melepaskan peluang menyaksikan koleksi gambar terbaik hasil kerjasama pihak  Perpustakaan The New Straits Times (NSTP) sempena perasmian nama Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak (CanSTAR) pada 24 Februari 2016 yang lalu.

Menurut Ketua Pustakawan UMP, Haji Ruslan Che Pee berkata, Pameran Legasi Kepimpinan ini juga merupakan suatu sejarah sebagai mengenang 40 tahun penglibatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam arena politik.

 

“Ironinya pameran terbabit juga merujuk angka 40 bilangan foto bergambar yang mana 20 keping memaparkan gambar bersejarah dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan Datuk Seri Najib manakala 20 keping lagi memaparkan foto bersejarah yang melibatkan perdana menteri ke-2 iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan ayahanda kepada Datuk Seri Najib,” katanya.

Pameran dua tokoh negarawan ini juga telah menerima lawatan dari pelbagai golongan masyarakat yang ingin melihat dengan lebih dekat lagi gambar kedua tokoh terbabit. Malahan pelbagai kata-kata pujian dan semangat telah dicatat pada buku pelawat pameran  sebagai menghargai tokoh negarawan terbabit.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Dzull Zabarrod Ahmad berkata, sejak dipindahkan lokasi pameran dari Bangunan CanSTAR ke perpustakaan, pihaknya  menerima seramai 279 orang daripada pelajar sekolah antaranya  SK Chini 1 & 4, SM Teknik Terengganu, SK Teruntum dan Institut Kong Zi.

Katanya, sambutan hangat juga diterima dari lawatan pelajar dan juga staf UMP serta masyarat di sekitar Pekan Pahang. Pihaknya mengharapkan pameran ilmiah ini dapat memberi pendedahan tentang tokoh kepimpinan kepada masyarakat sekitar.

 

Disediakan oleh Iswan Akim Bin Ismail,Perpustakaan UMP Pekan.

 



Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 20-05-2016, 16:17:59