Produk ISZUANI INAZUMA diterima di Jepun

Kuantan, 5 Mei- Perisian Iszuani Inazuma Jap dan buku Yasashii Nihongo bakal memperoleh geran penyelidikan Bahasa Jepun yang disediakan oleh kerajaan negara matahari terbit itu sebagai usaha penarafan kepada penyelidik luar.
 
Guru Bahasa Jepun Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusian (PBMSK), Mohd Iszuani Hassan berkata geran tersebut disediakan oleh beberapa pusat pembelajaran dan pendidikan di Gyoda, Jepun.
 
“Penyelidikan ini telah dibentangkan di hadapan Ahli Parlimen Gyoda, Satoshi Yanase pada Mac lalu di Gyoda City Hall. Program ini adalah inisiatif di bawah Parlimen Gyoda bagi merancakkan kerjasama dalam bidang pembelajaran dan pendidikan Bahasa Jepun membabitkan penyelidik luar dengan penyelidik negara tersebut,” katanya, di sini.
 
Mohd Iszuani berkata, kerjasama tersebut juga adalah salah satu inisiatif organisasi pendidikan Gyoda bagi menggerakkan sektor pelancongan pendidikan secara agresif di daerah itu.
 
Katanya, penyelidikannya itu memberi fokus sepenuhnya kepada pembelajaran Bahasa Jepun secara mudah dengan menggunakan Perisian Iszuani Inazuma Jap dan dikukuhkan dengan latihan intensif.
 
Sebelum ini, Perisian Iszuani Inazuma Jap dan buku Yasashii Nihongo terbitan Penerbit UMP telah menarik minat beberapa organisasi pendidikan seperti di Brunei dan Indonesia.
 
Disediakan oleh Shalfarina Shahriman dari Penerbit UMP.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 16-05-2016, 12:39:18