Anas membanggakan UMP menang dalam Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016

Putrajaya, 26 Mac – Pelajar Antarabangsa Universiti  Malaysia Pahang (UMP), Anas Mohamad Husain Kassim yang berasal dari Negara Iraq membanggakan Universiti Malaysia Pahang (UMP) apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 baru-baru ini.
Beliau yang menyertai  kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia telah membawa pulang membawa pulang wang tunai  RM8000,piala iringan,set kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan sijil penyertaan.
Menurut Anas, 26, beliau amat  bersyukur dengan kemenangan ini  kerana ianya  merupakan penyertaan kali kedua sejak tahun lepas dalam menceburi bidang pidato namun tidak menyangka pada tahun ini kemenangan berpihak kepadanya yang  layak sehingga ke peringkat akhir.
“Terima kasih  kepada UMP yang memberi peluang kepada saya dan tidak lupa juga kepada Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,  Siti Muslihah Isnain serta rakan-rakan yang banyak memberi dorongan dalam kejayaan ini,” katanya.
Pada peringkat akhir ini Anas memilih tajuk `Keamanan Dunia’ kerana mengenangkan negara asalnya yang tidak pernah aman sejak tahun 2004. Beliau begitu sukakan negara Malaysia dengan keamanan dan kepelbagaian kaum yang hidup bersatu padu.
Di akhir pidatonya, beliau turut  mengharapkan  semoga bumi kelahirannya Iraq kembali aman,  kanak-kanak boleh bermain dengan bebas dan semua dapat hidup bermuafakat dan para pemimpin saling berjabat tangan.
Menurut  pelajar Sarjana Kejuruteraan Awam ini dalam membuat  teks pidato, beliau cuba menggunakan perkataan yang mudah dan senang disebut. Sekiranya terdapat perkataan yang susah disebut, Anas akan mengulang perkataan  tersebut sehingga mendapatkan bunyi yang betul, terutamanya perkataan yang ada mengabungkan huruf “ng”” sebagai contoh mengejar. 
Malahan sebagai persediaan, Anas telah memulakan latihan ini sejak awal bulan Mac lagi dan pada masa yang saya beliau perlu membahagikan masa dalam pengajian dan latihan.
Anak pasangan Prof. Muhamad Husain Kassim Albazirgan dan Balsam Adnan ini berkata, beliau berhasrat untuk menyimpan wang hadiahnya yang bernilai 8000 ribu ringgit  ini untuk kegunaan masa hadapan. Beliau yang bercita –cita untuk  menyambung pelajaran sehingga ke peringkat  Doktor falsafah  dan menjadi pakar bahasa. Kini beliau boleh menguasai empat jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Perancis.
Bagi tempat pertama dan kedua kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia telah dimenangi oleh Abdalla Hassan Gharib yang berasal dari Tanzania mewakili Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dengan membawa pulang wang sebanyak 20 ribu,Piala Pusingan,Set kamus DBP, piala iringan,sijil penyertaan dan Nasear Slayman dari Kemboja mewakili Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dengan membawa pulang wang 12 ribu ringgit , piala iringan,set kamus DBP dan sijil penyertaan.
Selain kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia, turut dipertaruhkan dalam PABM 2016 ialah kategori Alam Melayu dan kategori Antarabangsa .
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Perdana Menteri  Malaysia,   Datuk Seri Najib Razak bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC). Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah  Mansor, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Dato Dr. Yuserrie Zainuddin.
 
Berita disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 28-03-2016, 15:39:36