Duta Jauhar UMP menang anugerah gangsa

Batu Pahat, 27 Februari- Kumpulan Duta Jauhar UMP dengan tema 21st Century Women hasil kerjasama penuh Jabatan Pembangunan Wanita Johor  menang anugerah gangsa dalam Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar 2.0 yang dirasmikan  oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat baru-baru ini.
Kongres yang berlangsung selama empat hari  ini berjaya menarik perhatian pengunjung dengan pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah melawat booth pameran, sesi ‘pitching’ projek kumpulan serta aktiviti derma darah  hasil kerjasama pihak Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Kumpulan Duta Jauhar UMP juga turut mempamerkan hasil projek mereka kepada pengunjung booth yang berupa produk peserta usahawan mereka.
Bagi Pengarah Duta Jauhar UMP dari Ikatan Siswa Anak Darul Ta’azim (ISKANDAR), Siti Norhidayah Samsuri berkata, pihaknya berbangga dengan komitmen ahli pasukan serta peserta mereka yang berjaya menjalani beberapa siri program sebelum ini sehingga  mampu sukses dalam perniagaan yang mereka ceburi.
“Segala jerih perih kumpulan mereka menjalankan projek keusahawanan yang nyata di luar bidang ahlinya memberikan hasil yang memuaskan apabila melihat usahawan-usahawan wanita di bawah bimbingan mereka kini lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaan dan meluaskannya ke peringkat global,”katanya.
Ujar beliau, dengan tertubuhnya ‘Jauhar Levitasi Enterprise’ sebuah syarikat yang lahir di bawah projek Kumpulan Duta Jauhar UMP ini akan menjadi penggerak utama mahasiswa dalam menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Kumpulannya sebelum ini menjalankan beberapa program termasuk Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA) yang memfokuskan mengenai pengurusan kewangan, panduan dalam memulakan sesebuah perniagaan dan kepentingan  usahawan.
Majlis turut menyaksikan kesemua 22 kumpulan Duta Jauhar dari seluruh IPT terlibat menerima pengiktirafan dalam usaha mereka menjayakan projek duta Jauhar 2.0. Institut Sains dan Teknologi Darul Ta’zim (INSTEDT) membawa pulang Anugerah Permata, Anugerah Emas Pertama, Anugerah Kerjasama Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Transformasi Projek (Kesihatan) terbaik. Turut menang anugerah gangsa adalah Duta Jauhar Universiti Sains Malaysia (USM) dan Duta Jauhar Universiti Malaysia (UM).
 
Berita dan gambar disediakan Siti Norhidayah Samsuri, Duta Jauhar UMP dari Ikatan Siswa Anak Darul Ta’azim (ISKANDAR) dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 02-03-2016, 09:55:59