Guru Bahasa Jepun UMP diiktiraf

Pekan, 19 Februari- Guru Bahasa Jepun Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) iaitu  Mohd Iszuani Mohd Hassan  dilantik sebagai Panel Pemikir dan Pakar Rujuk Pendidikan Bahasa Antarabangsa (Jepun) oleh syarikat ISMA Holidays Sdn Bhd (ISMA), sebuah syarikat pelancongan di bawah Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar Malaysia (DPPIM).  
Menurut Pengerusi ISMA yang juga Presiden DPPIM, Md Salikon Sarpin berkata, sudah menjadi polisi syarikat kami melantik pakar dalam kalangan staf universiti dalam bidang yang berkaitan bagi meningkatkan produktiviti syarikat di samping mewujudkan hubungan strategi antara industri dengan universiti demi memenuhi kehendak serta keperluan komuniti.
Watikah pelantikan disampaikan oleh Pengarah Urusan ISMA, Marsila Yunus di pejabatnya di Larkin, Johor baru-baru ini. Katanya, antara manfaat yang bakal diperoleh dalam kerjasama ini adalah peluang dalam pengkormersialan produk penyelidikan, pendidikan, penerbitan dan perundingan ke peringkat antarabangsa melalui rangkaian syarikat ISMA.
“Dengan pelantikan ini dapat memberi peluang kepada Guru Bahasa di UMP untuk mengkormersialkan produk penyelidikan dan penerbitan mereka ke pasaran antarabangsa melalui kerjasama strategi dalam kalangan industri tempatan,” kata Iszuani.
Pada tahun lalu, produk penyelidikan beliau iaitu Perisian Inazuma mula dipromosikan di Brunei melalui rangkaian ISMA. Produk perisian yang dihasilkan ini dapat membantu orang ramai menguasai kemahiran berbahasa Jepun.
 
Disediakan oleh Muhammad Azli Shukri dari Pejabat Penerbit.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 19-02-2016, 10:00:27