Kursus KTP Kindy bantu pengasuh tingkat kemahiran Bahasa Inggeris

Kuantan, 10 Januari- Seramai 30 pengasuh taska sekitar Pahang menghadiri Kursus Komunikasi Bahasa Inggeris Program Pemindahan Ilmu (KTP Kindy)  anjuran Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berlangung di Dewan Tun Teja 1, UMP Gambang baru-baru ini.
Program KTP Kindy mendapat geran dari Kementerian Pendidikan Tinggi pada tahun lalu dengan diketuai oleh Dr Noor Raha Mohd Radzuan manakala mentor  projek pula adalah Profesor Emeritus Dato’ Aminah Ayob dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).  
Ahli-ahli KTP Kindy terdiri daripada tenaga pengajar dari UMP iaitu  Wan Jumani Fauzi, Dr. Fatimah Ali,  Noor Azlinda Zainal Abidin, Haslinda Hashim, Dr Anita Abdul Rani,  Siti Airin Abd Ghani dan seorang pelatih siswazah, Mohd Asyraf Othman.
Menurut Dr Noor Raha, program diasaskan daripada Rancangan Pengukuhan antara Universiti – Industri dan Komuniti yang bertujuan menggalakkan hubungan baik melibatkan ahli akademia dengan industri dan   komuniti melalui pertukaran harta intelek ketara dan tidak ketara  merangkumi pelbagai kepakaran, pembelajaran dan kemahiran.
Katanya kualiti produk atau servis mahupun polisi dari pihak-pihak yang terlibat dijangka akan meningkat seterusnya dikongsi untuk manfaat bersama.  Pengasuh taska yang terlibat dalam program  ini merupakan ahli kepada Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) yang dinaungi oleh Presiden PPNP, Zubaidah Husin.
“Dua modul yang diperkenalkan iaitu modul Komunikasi Bahasa Inggeris untuk Pengasuh Taska dan Modul Teknik Penceritaan dalam Bahasa Inggeris yang masing-masing mempunyai tiga tahap. Program dijangka akan berterusan lagi selepas ini,” katanya.
Penganjuran program dapat membina keyakinan  peserta berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lebih berkesan malah kebolehan bertutur dengan baik ini membolehkan mereka menggunakan kemahiran ini dalam berkomunikasi dengan anak-anak di taska nanti.
Berita dan gambar disediakan Noor Azlinda Zainal Abidin datri Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan.

Berita dan gambar disediakan Noor Azlinda Zainal Abidin dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan dan suntingan oleh Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 27-01-2016, 14:57:19