Anugerah Kokurikulum & Sanjungan UMP Iktiraf Pencapaian Pelajar

Kuantan, 2 November – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Kokurikulum dan sanjungan bagi menghargai jasa yang disumbangkan mahasiswa UMP dalam berbagai lapangan yang mengharumkan nama universiti.
Majlis menyaksikan seramai 12 orang menerima anugerah yang disampaikan Naib Canselor UMP, Prof. Dato. Dr. Daing Nasir Ibrahim bertempat di Dewan Astaka, UMP Gambang baru-baru ini.
Dalam ucapannya beliau berkata program ini merupakan tanda pengiktirafan UMP untuk diberikan kepada mahasiswa dan pertubuhan pelajar yang terbukti kecemerlangannya dan telah mengharumkan nama universiti di dalam dan luar Negara.
“Kita kini berada pada tahap penilaian kesediaan untuk merencana Pelan Strategik UMP 2016-2020 dengan hasrat untuk menjadikan UMP sebuah universiti yang gemilang. Pada fasa akhir pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2011-2015 ini kita bersyukur kerana petunjuk-petunjuk strategik yang ada telah membuktikan bahawa UMP telah pun menjadi antara universiti pilihan utama sebagaimana yang dihasratkan.
“Kini mahasiswa memerlukan satu suntikan kesedaran bahawa kecemerlangan adalah tidak terhad kepada pencapaian akademik semata-mata. Walaupun tanggungjawab utama mahasiswa untuk menuntut ilmu sehingga bergraduat, namun proses penerokaan pengetahuan tidaklah semata-mata terbatas dalam dewan kuliah dan makmal sahaja,” katanya.
 
Menurut beliau, penglibatan mereka dalam gerak kerja kemahasiswaan melalui pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di sini juga merupakan sebahagian daripada proses penerokaan pengetahuan.
 
Oleh yang demikian diharapkan dengan keupayaan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa di UMP ini dapat menawarkan pakej aktiviti dapat memberi nilai tambah yang tinggi kepada pengayaan (enrichment) pengetahuan secara praktikal dan interaktif serta tidak bersifat terlalu akademik mampu menarik minat para mahasiswa untuk bergiat aktif.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar &Alumni) merangkap Pengarah Kampus UMP Gambang, Prof. Dato' Dr. Yuserrie Zainudin , Penolong Naib Canselor ( Jaringan Industri & Masyarakat),Profesor Dr. Zulkefli Yaakob, Prof. Dr.Zulkafli Hassan,Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA),Pemangku Pendaftar Abd Rahman Hj Safie dan Pengarah Pusat Kokurikulum, Ramlee Abid.
Sebanyak 12 anugerah yang dipertandingkan termasuk dua anugerah baru yang diperkenalkan iaitu Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni dan  Anugerah Kelab Harapan.
 
Bagi Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik telah dimenangi oleh Kelab In-Smartive yang membawa pulang Geran Program Antarabangsa bernilai RM 10,000, wang tunai RM 300, piala pusingan dan sijil penghargaan.  Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni dimenangi Abdul Naém Shuhaime yang merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan sesi 2012/2013 yang sangat aktif menyertai program kesukarelawanan dalam dan luar Negara.
 
Manakala Anugerah Sanjungan Kategori Kepimpinan telah dimenangi oleh Mohamad Syafiq Ali, Anugerah Sanjungan kategori Pengucapan Awam  pula dimenangi oleh Qamaruddin Mohd Fauzi dan Anugerah Sanjungan kategori Keusahawanan pula dimenangi oleh Sofiyuddin Mahmud.
 
Seterusnya bagi Anugerah Sanjungan Kategori Khidmat Komuniti dimenangi oleh Mohamad Hafizuddin Rasid dan Kategori Kesukarelawan dimenangi oleh Mohd Syukran Ab Razak. Bagi Anugerah Sanjungan Kategori Kesukanan pula dimenangi oleh Laylatun Qadrina Amrizal yang banyak meraih emas dalam sukan petanque.
 
Selain itu, Anugerah Sanjungan Kategori Daya Usaha Inovasi pula dimenangi oleh Mohd Irshad Shafiq Md Zamri yang banyak meraih pingat di dalam dan luar negara menerusi projek penyelidikannya iaitu I-solat dan Kategori Kebudayaan pula dimenangi oleh Muhammad Aizat Azed. Begitu juga dengan Anugerah Kelab/Persatuan Harapan pula telah dimenangi oleh Kelab Keusahawanan yang aktif dalam penganjuran program-program keusahawan.
 
Tidak ketinggalan juga Anugerah bagi Penasihat terbaik telah dimenangi oleh Nasrul Salim Pakheri yang merupakan Penasihat Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 2 (PEKA 2). Kesemua pemenang anugerah tersebut telah membawa pulang hadiah wang tunai RM 200, piala iringan dan sijil penghargaan.

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 04-11-2015, 15:43:43