Bangunan PTMK dan PBMSK di UMP Pekan Siap Sepenuhnya


 

Pekan, 26 Oktober- Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Pembinaan Jaya Zira Sdn. Bhd hari ini menyerahkan bangunan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) dan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) kepada pihak  Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.
 
Majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, UMP Pekan dihadiri Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Dr. Zulkefli Yaakob, Pengarah Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang, Dato’Ir Haji Abdul Jalil Haji Mohamed, Pemangku Pendaftar, Abd Rahman Hj Safie, Timbalan Pendaftar Kanan (Jabatan Penyelidikan &  Inovasi), Datin Hjh Fazia Ali, Dekan PBMSK, Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Pemangku Pengarah PTMK, Roslan   Awang Abdul Rahman.
Menurut Dato’ Ir Haji Abdul Jalil, pihak JKR berasa bangga kerana telah diberi kepercayaan oleh KPM bagi melaksanakan projek pembinaan UMP Kampus Pekan.
“Bagi pembinaan bangunan ini bakal menempatkan PTMK, PBMSK dan Dewan Kuliah Utama yang bernilai RM 70 Juta menerusi Kontraktor Pembinaan Jaya Zira.
“Bangunan ini merupakan nadi kepada pembangunan ICT dan bahasa di UMP Pekan kerana ianya berfungsi sebagai pusat ICT dengan rekabentuknya inspirasi terjemahan elemen senibina yang mengadaptasi konsep Clean Cut dan spatial landscape oasis dengan kolam buatan sebagai mercu tanda.
“Strategi rekabentuk bangunan ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang mana pengguna IT akan diterokai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya,” katanya.
Tambah beliau, kompleks  ini terdiri daripada dua blok akademik utama dan satu blok dewan kuliah utama direka bentuk seolah olah memberi gambaran spine vista kepada bangunan kerana bentuk bangunan tersebut.
Malahan, keseluruhan projek yang dilaksanakan serentak ini terdiri daripada 2 projek iaitu Projek Kompleks Pentadbiran Utama dan projek pusat PTMK dan PBMSK dengan kos kontrak bernilai RM123 Juta yang dimulakan pada 6 Julai 2012.
Katanya, Projek Bangunan PTMK dan  PBMSK ini merupakan projek keempat yang disiapkan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya.
“Dengan Penyerahan ini maka lengkaplah sebahagian misi JKR Malaysia untuk projek Pembangunan UMP Kampus Pekan ini. Sebelum ini antara projek yang telah siap iaitu Perpustakaan UMP, UMP FAsa 1B, Kompleks Pentadbiran Utama, serta  bangunan PTMK dan PBMSK.
Manakala menurut Prof. Zulkefli pula, bangunan  ini merupakan salah satu daripada projek UMP di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi memberi perkhidmatan dan pentadbiran yang lebih berkualiti kepada warga UMP setanding dengan pertambahan pelajar di UMP kini.
   
Beliau percaya dengan terbinanya ibu pejabat baru yang serba moden ini akan memberikan prasarana kerja yang lebih cemerlang serta dapat memberi keselesaan, kesenangan dan semangat baru kepada petugas yang bertugas.

 

Pekan, 26 Oktober- Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Pembinaan Jaya Zira Sdn. Bhd hari ini menyerahkan bangunan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) dan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) kepada pihak  Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, UMP Pekan dihadiri Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Dr. Zulkefli Yaakob, Pengarah Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang, Dato’Ir Haji Abdul Jalil Haji Mohamed, Pemangku Pendaftar, Abd Rahman Hj Safie, Timbalan Pendaftar Kanan (Jabatan Penyelidikan &  Inovasi), Datin Hjh Fazia Ali, Dekan PBMSK, Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Pemangku Pengarah PTMK, Roslan   Awang Abdul Rahman.

Menurut Dato’ Ir Haji Abdul Jalil, pihak JKR berasa bangga kerana telah diberi kepercayaan oleh KPM bagi melaksanakan projek pembinaan UMP Kampus Pekan.

 

“Bagi pembinaan bangunan ini bakal menempatkan PTMK, PBMSK dan Dewan Kuliah Utama yang bernilai RM 70 Juta menerusi Kontraktor Pembinaan Jaya Zira.

“Bangunan ini merupakan nadi kepada pembangunan ICT dan bahasa di UMP Pekan kerana ianya berfungsi sebagai pusat ICT dengan rekabentuknya inspirasi terjemahan elemen senibina yang mengadaptasi konsep Clean Cut dan spatial landscape oasis dengan kolam buatan sebagai mercu tanda.

“Strategi rekabentuk bangunan ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang mana pengguna IT akan diterokai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya,” katanya.

Tambah beliau, kompleks  ini terdiri daripada dua blok akademik utama dan satu blok dewan kuliah utama direka bentuk seolah olah memberi gambaran spine vista kepada bangunan kerana bentuk bangunan tersebut.

 

Malahan, keseluruhan projek yang dilaksanakan serentak ini terdiri daripada 2 projek iaitu Projek Kompleks Pentadbiran Utama dan projek pusat PTMK dan PBMSK dengan kos kontrak bernilai RM123 Juta yang dimulakan pada 6 Julai 2012

Katanya, Projek Bangunan PTMK dan  PBMSK ini merupakan projek keempat yang disiapkan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya

“Dengan Penyerahan ini maka lengkaplah sebahagian misi JKR Malaysia untuk projek Pembangunan UMP Kampus Pekan ini. Sebelum ini antara projek yang telah siap iaitu Perpustakaan UMP, UMP FAsa 1B, Kompleks Pentadbiran Utama, serta  bangunan PTMK dan PBMSK.

 

Manakala menurut Prof. Zulkefli pula, bangunan  ini merupakan salah satu daripada projek UMP di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi memberi perkhidmatan dan pentadbiran yang lebih berkualiti kepada warga UMP setanding dengan pertambahan pelajar di UMP kini.

Beliau percaya dengan terbinanya ibu pejabat baru yang serba moden ini akan memberikan prasarana kerja yang lebih cemerlang serta dapat memberi keselesaan, kesenangan dan semangat baru kepada petugas yang bertugas.

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

 



Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 26-10-2015, 17:05:47