Kesukarelawanan Pendidikan Mahasiswa In-Smartive di Perlis dan Thailand

Kangar, 20 September – Seramai 55 pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka yang telah menamatkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini berpeluang menyertai Projek Kilauan Mutiara kelolaan Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sekolah berkenaan. Program mendapat sokongan Pejabat Menteri Besar Perlis dan Jabatan Pendidikan Perlis.
Dengan dikendalikan seramai 25 orang fasilitator mahasiswa UMP tumpuan kali ini memfokuskan terhadap motivasi kendiri dan kesiap-siagaan mentaliti pelajar  bagi melangkah ke alam pendidikan menengah pada tahun hadapan.  
Menurut Pengurus Projek, Misriyah Helman,21 yang juga merupakan mahasiswa Tahun 2 Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), program pada kali ini adalah sebagai usaha menyokong universiti dalam merealisasikan agenda Universiti Komuniti. Merentasi sempadan, keadaan  jarak geografikal yang jauh antara negeri Pahang dan Perlis bukanlah satu halangan bagi Kelab In-Smartive mengembangkan lagi kebitaraannya dalam konteks kesukarelawan pendidikan (edu-volunteerism).
“Sebagai tanda sokongan terhadap agenda ini, Pejabat Menteri Besar Perlis dan Jabatan Pendidikan Perlis telah memperkenalkan dua sekolah rendah kerajaan dari Thailand iaitu Choomchonbanpadang School dan Wat Prathumtayakaram School yang turut mengambil bahagian dalam menjayakan projek ini bersama Kelab In-Smartive pada hari kedua program,” katanya.
Hadir merasmikan majlis penutup projek ini ialah Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Bun Som Inong yang mewakili Menteri Besar Perlis. Dalam ucapannya beliau menyatakan komitmen Kerajaan negeri Perlis untuk membantu UMP dalam mengembangkan aktiviti kesukarelawan pendidikan di negeri ini.
Beliau turut menyeru Kelab In-Smartive untuk mengambil peluang berkolaborasi dengan dua sekolah Thailand ini  bagi menggalakkan kerjasama bilateral dalam pendidikan dan sosio-budaya antara kedua-dua negara.
Turut hadir ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Mohd Khalid Ahmad; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Hassan Ebau Noi, Penolong Kanan Pentadbiran SK Guar Nangka, Chatri Sing, Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Kubang Gajah, Mariati Ibrahim, Pengarah Wat Prathumtayakaram School Wichien Phetcharat, Ketua Program Bahasa Inggeris Choomchonbanpadang School, Wan Latifah Wan Ismail,  Wakil Penasihat In-Smartive, Asraf Ahmad dan Presiden In-Smartive, Ahmad Zarif Ahmad Fauzi.
Dalam program penutup program menyaksikan dua pelajar yang diumumkan sebagai Peserta Terbaik projek ini, Muhammad Ikhwan Mohd Rizal dan Ainun Nadira Bahanudin. Bagi Muhammad Ikhwan,12 melahirkan perasaan gembira dan  berkongsi pandangan mengenai kesesuaian pengisian modul kepada peserta, khususnya Timeline dan Hati Ke Hati  yang amat membantu dalam proses pemetaan laluan akademik sebaik memasuki sekolah menengah pada tahun hadapan.
 
Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

Berita dan gambar disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 23-09-2015, 13:36:30