Projek Kilauan Mutiara UMP Bantu Sekolah Kluster Kecemerlangan


 

Temerloh, 17 September – Hubungan baik menerusi Inisiatif Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus diperkasa melalui pelaksanaan Projek Kilauan Mutiara kelolaan Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa dengan kerjasama membabitkan tenaga fasilitator mahasiswa Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Temerloh dekat sini.  
Dengan fokus terhadap pemerkasaan kecemerlangan penguasaan Bahasa Melayu, projek selama sehari ini melibatkan penyertaan 100 pelajar Tahun 5 sekolah tersebut dengan bimbingan 13 fasilitator mahasiswa di bawah seliaan Guru Bahasa Melayu di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) UMP, Jamilah Bebe Mohamad yang berperanan sebagai mentor utama projek.
Menurut Pengurus Projek yang juga mahasiswa Tahun 2 Fakulti Kejuruteraan Kimia 
& Sumber Asli (FKKSA), Muhammad Na’im Kamaludin, 19, projek ini merupakan inisiatif sulung kesukarelawan pendidikan (edu-volunteerism) In-Smartive sejak Penasihat Kelab ini, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Mentor Kluster Kemasyarakatan dan Pengantarabangsaan Inisiati Sekolah Kluster Kecemerlangan-UMP baru-baru ini.
“Walaupun ini merupakan pengalaman pertama kami mengendalikan modul Bahasa Melayu, namun para fasilitator telah menjalani program latihan dan simulasi bersama mentor utama sebelum pelaksanaan sebenar bagi memastikan keberkesanannya kepada para penerima manfaat,” tambah Muhammad Na’im lagi.
Tambahnya, sebagai sekolah kluster bagi kebitaraan Bahasa Melayu, modul yang direkabentuk bagi SK Bandar Temerloh memfokus kepada pendedahan sejarah dan pemupukan minat terhadap Bahasa Melayu dengan pelaksanaan  modul seperti ialah S.A.L.A.M, Warkah Anakanda dan Kenali Bahasa Kita.
Hadir merasmikan majlis penutup ialah Guru Besar SK Bandar Temerloh, Raja Ibrahim Raja Deraman yang berharap supaya kerjasama ini dapat diteruskan secara lestari pada masa akan datang. Hadir sama ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rosenariana Ismail; Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Hamzah Mat Salleh dan Wakil Penasihat In-Smartive, Mohamad Eliyass Jamaruppin
 
Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

Temerloh, 17 September – Hubungan baik menerusi Inisiatif Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus diperkasa melalui pelaksanaan Projek Kilauan Mutiara kelolaan Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa dengan kerjasama membabitkan tenaga fasilitator mahasiswa Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Temerloh dekat sini.  

Dengan fokus terhadap pemerkasaan kecemerlangan penguasaan Bahasa Melayu, projek selama sehari ini melibatkan penyertaan 100 pelajar Tahun 5 sekolah tersebut dengan bimbingan 13 fasilitator mahasiswa di bawah seliaan Guru Bahasa Melayu di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) UMP, Jamilah Bebe Mohamad yang berperanan sebagai mentor utama projek.

Menurut Pengurus Projek yang juga mahasiswa Tahun 2 Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Muhammad Na’im Kamaludin, 19, projek ini merupakan inisiatif sulung kesukarelawan pendidikan (edu-volunteerism) In-Smartive sejak Penasihat Kelab ini, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Mentor Kluster Kemasyarakatan dan Pengantarabangsaan Inisiati Sekolah Kluster Kecemerlangan-UMP baru-baru ini.

 

“Walaupun ini merupakan pengalaman pertama kami mengendalikan modul Bahasa Melayu, namun para fasilitator telah menjalani program latihan dan simulasi bersama mentor utama sebelum pelaksanaan sebenar bagi memastikan keberkesanannya kepada para penerima manfaat,” tambah Muhammad Na’im lagi.

Tambahnya, sebagai sekolah kluster bagi kebitaraan Bahasa Melayu, modul yang direkabentuk bagi SK Bandar Temerloh memfokus kepada pendedahan sejarah dan pemupukan minat terhadap Bahasa Melayu dengan pelaksanaan  modul seperti ialah S.A.L.A.M, Warkah Anakanda dan Kenali Bahasa Kita.

Hadir merasmikan majlis penutup ialah Guru Besar SK Bandar Temerloh, Raja Ibrahim Raja Deraman yang berharap supaya kerjasama ini dapat diteruskan secara lestari pada masa akan datang. Hadir sama ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rosenariana Ismail; Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Hamzah Mat Salleh dan Wakil Penasihat In-Smartive, Mohamad Eliyass Jamaruppin.

 

Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.


 



Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 23-09-2015, 13:34:42