Kesukarelawan Pendidikan Mahasiswa UMP bersama pelajar SMK Tengku Indra Putra 1


 

Gua Musang, 12 September – Seramai 90 pemimpin pelajar sekolah melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar, Pegawas Sekolah, Pegawas Skim Pinjaman Buku Teks, Exco Asrama dan Pembimbing Rakan Sebaya berpeluang menyertai Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) anjuran pihak sekolah dengan kerjasama Kelab In-Smartive, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Penganjuran kali ini melibatkan seramai 28 mahasiswa dari Kelab In-Smartive yang berperanan sebagai fasilitator  sepanjang program berlangsung selama tiga hari.
Projek sulung kerjasama antara UMP dan SMK Tengku Indra Petra 1 ini turut mendapat sokongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang.
Menurut Pengurus Projek yang juga merupakan pelajar Tahun Dua Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Muhamad Farid Sulaiman, 20, melalui pendekatan akal mendahului emosi, modul kepimpinan sepanjang projek ini direkabentuk khas untuk menguji kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah para peserta.
“Bagi mencapai objektif tersebut, para peserta dibimbing melalui modul seperti Cermin Diri, D.I.C.E dan S.W.O.T Analysis yang membantu mereka menjangka risiko, implikasi dan akibat dengan bijaksana sebelum bertindak dan membuat keputusan”, ujar beliau lagi.
Selain menjalani modul kepimpinan dalam program ini, para pelajar Tingkatan 5 sekolah ini juga berpeluang mengikuti perkongsian pengalaman  bersama pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain yang juga Ketua Penyelidik Naib Canselor dalam slot `Anda: Kini dan Masa Hadapan’.
Pada masa yang sama, mahasiswa UMP turut dibawa turun padang bertemu penduduk kampung Limau Kasturi yang merupakn sebuah petempatan pedalaman yang teruk dilanda bencana banjir pada akhir tahun lalu sambal meninjau kerja pemulihan pasca-banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi.
Hadir merasmikan majlis penutup ialah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang, Muhammad Zahari Othman yang menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu perkongsian pintar yang boleh dikembangkan lagi. Beliau turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk menjemput Kelab In-Smartive mengendalikan projek akademik di SK Limau Kasturi dan SK Bihai, sebuah sekolah untuk masyarakat Orang Asli selain meneruskan inisiatif sedia ada bersama SMK Tengku Indra Petra 1.
Dalam majlis ini, beliau turut menyampaikan Anugerah Peserta Terbaik kepada pelajar Tingkatan 6 Rendah, Nik Zahiruddin Mohd Zamri dan Wan Farrah Hazleen Wan Hassim. Kedua-duanya menyatakan rasa syukur berpeluang menjalani projek ini yang dapat mengasah bakat kepimpinan mereka sekaligus membantu pihak sekolah mewujudkan iklim disiplin yang berkesan.
Turut hadir ialah Pengetua SMK Tengku Indra Petra 1, Md Rashid Mustafa; Penolong Kanan Pentadbiran, Ummi Mariza Cha Ya, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Dayang Asmah Ab. Hamid; Pembantu Penyelidik, Pejabat Naib Canselor, Asraf Ahmad dan Presiden In-Smartive, Ahmad Zarif Ahmad Fauzi.
 
Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

 

Gua Musang, 12 September – Seramai 90 pemimpin pelajar sekolah melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar, Pegawas Sekolah, Pegawas Skim Pinjaman Buku Teks, Exco Asrama dan Pembimbing Rakan Sebaya berpeluang menyertai Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) anjuran pihak sekolah dengan kerjasama Kelab In-Smartive, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Penganjuran kali ini melibatkan seramai 28 mahasiswa dari Kelab In-Smartive yang berperanan sebagai fasilitator  sepanjang program berlangsung selama tiga hari.

Projek sulung kerjasama antara UMP dan SMK Tengku Indra Petra 1 ini turut mendapat sokongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang.

Menurut Pengurus Projek yang juga merupakan pelajar Tahun Dua Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Muhamad Farid Sulaiman, 20, melalui pendekatan akal mendahului emosi, modul kepimpinan sepanjang projek ini direkabentuk khas untuk menguji kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah para peserta.

“Bagi mencapai objektif tersebut, para peserta dibimbing melalui modul seperti Cermin Diri, D.I.C.E dan S.W.O.T Analysis yang membantu mereka menjangka risiko, implikasi dan akibat dengan bijaksana sebelum bertindak dan membuat keputusan”, ujar beliau lagi.

Selain menjalani modul kepimpinan dalam program ini, para pelajar Tingkatan 5 sekolah ini juga berpeluang mengikuti perkongsian pengalaman  bersama pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain yang juga Ketua Penyelidik Naib Canselor dalam slot `Anda: Kini dan Masa Hadapan’.

Pada masa yang sama, mahasiswa UMP turut dibawa turun padang bertemu penduduk kampung Limau Kasturi yang merupakan sebuah petempatan pedalaman yang teruk dilanda bencana banjir pada akhir tahun lalu sambil meninjau kerja pemulihan pasca-banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi.

Hadir merasmikan majlis penutup ialah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang, Muhammad Zahari Othman yang menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu perkongsian pintar yang boleh dikembangkan lagi. Beliau turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk menjemput Kelab In-Smartive mengendalikan projek akademik di SK Limau Kasturi dan SK Bihai, sebuah sekolah untuk masyarakat Orang Asli selain meneruskan inisiatif sedia ada bersama SMK Tengku Indra Petra 1.

Dalam majlis ini, beliau turut menyampaikan Anugerah Peserta Terbaik kepada pelajar Tingkatan 6 Rendah, Nik Zahiruddin Mohd Zamri dan Wan Farrah Hazleen Wan Hassim. Kedua-duanya menyatakan rasa syukur berpeluang menjalani projek ini yang dapat mengasah bakat kepimpinan mereka sekaligus membantu pihak sekolah mewujudkan iklim disiplin yang berkesan.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Tengku Indra Petra 1, Md Rashid Mustafa; Penolong Kanan Pentadbiran, Ummi Mariza Cha Ya, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Dayang Asmah Ab. Hamid; Pembantu Penyelidik, Pejabat Naib Canselor, Asraf Ahmad dan Presiden In-Smartive, Ahmad Zarif Ahmad Fauzi.

 

Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

 



Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 17-09-2015, 17:14:14