Kesukarelawan Pendidikan In-Smartive


 

Ho Chi Minh City, 23 Ogos – Sukarelawan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) UMP dari Kelab In-Smartive  berjaya menjalankan program Kesukarelawan Pendidikan (edu-volunteerism) melalui Projek Smart Reach Out di bandar raya Ho Chi Minh selama seminggu baru-baru ini.
Program mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (SAffAd), Pejabat Naib Canselor dan Bahagian CMLV & Oceania, Kementerian Luar Negeri Malaysia. 
Dengan membawa tema “We Care, We Serve”, misi 13 orang sukarelawan mahasiswa ini memberi fokus kepada tiga objektif utama iaitu khidmat pemudahcaraan modul Bahasa Inggeris asas, pelebaran jaringan strategik kesukarelawan pendidikan UMP dan penyuburan patriotisme melalui refleksi sejarah.
Menurut Pengurus Projek, Koh Bee Fong, 22 yang juga mahasiswa tahun 2, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), khidmat pemudahcaraan modul Bahasa Inggeris asas diberikan kepada 30 penghuni rumah perlindungan milik SOS Children’s Villages International di Quang Trung iaitu sebuah yayasan antarabangsa yang telah beroperasi di bandar raya ini sejak tahun 1991.
“Semua modul Bahasa Inggeris asas iaitu Myself dan My World yang dimudahcara selama lima hari untuk para penerima manfaat tersebut telah terlebih dahulu disemak oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman dan disimulasikan untuk pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira di Kuantan sebelum dibawa ke Vietnam”, tambah Koh lagi.
Mengulas tentang pelaksanaan modul-modul ini, Naib Pengarah SOS Children’s Villages International Ho Chi Minh City, Nguyen Van Phu menyatakan kesediaan pihaknya untuk terus bekerjasama dengan para sukarelawan UMP untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan 161 penghuni rumah perlindungan tersebut khususnya yang berusia antara 7 hingga 18 tahun.
Sepanjang misi, delegasi UMP yang diketuai  Penasihat In-Smartive, Wan Helmy Zain berpeluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Naib Pengarah Christina Noble Children’s Foundation (CNCF), Son Thu Trinh bagi meneroka ruang kolaborasi strategik bagi penempatan sangkutan dan latihan sukarelawan UMP di fasiliti-fasiliti CNCF seluruh Vietnam mulai tahun 2016 dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak, pendidikan dan pembangunan komuniti.
Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Sofian Akmal Abd Karim menyambut baik komitmen tinggi UMP untuk melebarkan jaringan strategik khidmat sukarelawan di sini melalui kolaborasi dengan organisasi-organisasi antarabangsa tersebut dalam konteks pengukuhan hubungan bilateral Malaysia-Vietnam.
Delegasi UMP telah berpeluang meninjau kesan Perang IndoChina dan Perang Vietnam di War Remnants Museum dan Chu Chi Tunnel sebagai muhasabah terhadap kepentingan keamanan dan persefahaman dalam kehidupan bernegara yang merdeka dan berdaulat.
Sementara itu, Presiden In-Smartive, Ahmad Zarif Ahmad Fauzi, 23, menyatakan komitmen pihaknya untuk terus mendukung aspirasi UMP untuk menjadi sebuah Universiti Komuniti melalui khidmat kesukarelawan pendidikan di peringkat tempatan dan global secara strategik, sistematik dan terarah.
Misi In-Smartive di Vietnam ini merupakan inisiatif mobiliti antarabangsa yang keempat setelah misi sama di Republik Indonesia, Republik Singapura dan Cambodia sebelum ini.
Berita oleh: Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Noor Ain Nadhirah Zainudin, Penyelaras Aktiviti Projek Smart Reach Out @ Vietnam. Foto oleh: Noorsha’elina Shaiful Bahari, Nor Hafizatul Ain Mohd Yusoff, Mohamed Marzuk Abdul Lathiff dan Muhammad Redzuad Ras Abdul Rask
 

 

Ho Chi Minh City, 23 Ogos – Sukarelawan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) UMP dari Kelab In-Smartive  berjaya menjalankan program Kesukarelawan Pendidikan (edu-volunteerism) melalui Projek Smart Reach Out di bandar raya Ho Chi Minh selama seminggu baru-baru ini.

Program mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (SAffAd), Pejabat Naib Canselor dan Bahagian CMLV & Oceania, Kementerian Luar Negeri Malaysia. 

Dengan membawa tema “We Care, We Serve”, misi 13 orang sukarelawan mahasiswa ini memberi fokus kepada tiga objektif utama iaitu khidmat pemudahcaraan modul Bahasa Inggeris asas, pelebaran jaringan strategik kesukarelawan pendidikan UMP dan penyuburan patriotisme melalui refleksi sejarah.

 

Menurut Pengurus Projek, Koh Bee Fong, 22 yang juga mahasiswa tahun 2, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), khidmat pemudahcaraan modul Bahasa Inggeris asas diberikan kepada 30 penghuni rumah perlindungan milik SOS Children’s Villages International di Quang Trung iaitu sebuah yayasan antarabangsa yang telah beroperasi di bandar raya ini sejak tahun 1991.

“Semua modul Bahasa Inggeris asas iaitu Myself dan My World yang dimudahcara selama lima hari untuk para penerima manfaat tersebut telah terlebih dahulu disemak oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman dan disimulasikan untuk pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira di Kuantan sebelum dibawa ke Vietnam”, tambah Koh lagi.

Mengulas tentang pelaksanaan modul-modul ini, Naib Pengarah SOS Children’s Villages International Ho Chi Minh City, Nguyen Van Phu menyatakan kesediaan pihaknya untuk terus bekerjasama dengan para sukarelawan UMP untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan 161 penghuni rumah perlindungan tersebut khususnya yang berusia antara 7 hingga 18 tahun.

Sepanjang misi, delegasi UMP yang diketuai  Penasihat In-Smartive, Wan Helmy Zain berpeluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Naib Pengarah Christina Noble Children’s Foundation (CNCF), Son Thu Trinh bagi meneroka ruang kolaborasi strategik bagi penempatan sangkutan dan latihan sukarelawan UMP di fasiliti-fasiliti CNCF seluruh Vietnam mulai tahun 2016 dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak, pendidikan dan pembangunan komuniti.

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Sofian Akmal Abd Karim menyambut baik komitmen tinggi UMP untuk melebarkan jaringan strategik khidmat sukarelawan di sini melalui kolaborasi dengan organisasi-organisasi antarabangsa tersebut dalam konteks pengukuhan hubungan bilateral Malaysia-Vietnam.

Delegasi UMP telah berpeluang meninjau kesan Perang IndoChina dan Perang Vietnam di War Remnants Museum dan Chu Chi Tunnel sebagai muhasabah terhadap kepentingan keamanan dan persefahaman dalam kehidupan bernegara yang merdeka dan berdaulat.

Sementara itu, Presiden In-Smartive, Ahmad Zarif Ahmad Fauzi, 23, menyatakan komitmen pihaknya untuk terus mendukung aspirasi UMP untuk menjadi sebuah Universiti Komuniti melalui khidmat kesukarelawan pendidikan di peringkat tempatan dan global secara strategik, sistematik dan terarah. Misi In-Smartive di Vietnam ini merupakan inisiatif mobiliti antarabangsa yang keempat setelah misi sama di Republik Indonesia, Republik Singapura dan Cambodia sebelum ini.

 

Berita oleh: Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Noor Ain Nadhirah Zainudin, Penyelaras Aktiviti Projek Smart Reach Out @ Vietnam. Foto oleh: Noorsha’elina Shaiful Bahari, Nor Hafizatul Ain Mohd Yusoff, Mohamed Marzuk Abdul Lathiff dan Muhammad Redzuad Ras Abdul Rask

 

 



Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 28-08-2015, 17:10:03