12 Beradik Gembira Terima Sumbangan Program Jejak Asnaf UMP


 

Kuala Lumpur, 11 Julai– Program Jejak Asnaf Fakir Miskin anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) baru-baru ini yang mendapat sokongan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dan UMP Advanced Education (UAE) meninggalkan kenangan bermakna buat mahasiswa UMP yang menuntut di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), Nur Juaini Mohd Husni bersama keluarganya yang tinggal di rumah pangsa PPR Seri Alam, Kuala Lumpur.
Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, sepanjang Ramadan program ini berjaya menjejaki lebih 20 keluarga dari golongan asnaf yang fakir dan miskin yang tinggal terutamanya di sekitar Kuantan dan Pekan.
”Program ini juga memberi peluang dalam kalangan warga universiti untuk turun padang menghulurkan sumbangan keperluan asas seperti bantuan bekalan makanan, keperluan harian serta baju raya untuk mereka merasai kegembiraan menyambut Hari Raya,” katanya yang hadir  beramah mesra dengan keluarga Nor Juaini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita UMP (Matahari), Prof. Dr. Mimi Sakinah Abd Munaim berkata, keluarga ini mempunyai 12 orang adik-beradik yang masih bersekolah pada usia empat tahun hingga 19 tahun manakala ayahnya hanya berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga.
Tambahnya, pihak persatuan juga mengambil inisiatif mengumpul dana untuk menyumbang  barang kemudahan kegunaan keluarga ini termasuk menceriakan persekitaran rumah serta keperluan raya dan pakaian baru.
Bagi Norliza Said,43 tahun yang merupakan ibu kepada pelajar ini amat menghargai   bantuan yang disumbangkan pihak universiti serta terharu dengan bantuan sebegini. Manakala Nur Juaini pula berkata, pengorbanan UMP dalam membantu keluarganya ini tidak mungkin dilupakan. Beliau akan berusaha untuk meraih kejayaan agar dapat mengubah nasib keluarga saya pada suatu hari nanti.
Selain menerima barangan dan kelengkapan rumah, mereka sekeluarga juga berpeluang menikmati juadah berbuka puasa bersama Naib Canselor UMP , Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim bersama isteri, Datin Fazia Ali di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur. Hadir sama Pengarah Pengarah PIMPIN, Dr. Mahyuddin Ismail, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Profesor Dr. Zularisam Ab. Wahid.

Kuala Lumpur, 11 Julai– Program Jejak Asnaf Fakir Miskin anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) baru-baru ini yang mendapat sokongan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dan UMP Advanced Education (UAE) meninggalkan kenangan bermakna buat mahasiswa UMP yang menuntut di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), Nur Juaini Mohd Husni bersama keluarganya yang tinggal di rumah pangsa PPR Seri Alam, Kuala Lumpur.

Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, sepanjang Ramadan program ini berjaya menjejaki lebih 20 keluarga dari golongan asnaf yang fakir dan miskin yang tinggal terutamanya di sekitar Kuantan dan Pekan.

 

 

”Program ini juga memberi peluang dalam kalangan warga universiti untuk turun padang menghulurkan sumbangan keperluan asas seperti bantuan bekalan makanan, keperluan harian serta baju raya untuk mereka merasai kegembiraan menyambut Hari Raya,” katanya yang hadir  beramah mesra dengan keluarga Nor Juaini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita UMP (Matahari), Prof. Dr. Mimi Sakinah Abd Munaim berkata, keluarga ini mempunyai 12 orang adik-beradik yang masih bersekolah pada usia empat tahun hingga 19 tahun manakala ayahnya hanya berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga.

Tambahnya, pihak persatuan juga mengambil inisiatif mengumpul dana untuk menyumbang  barang kemudahan kegunaan keluarga ini termasuk menceriakan persekitaran rumah serta keperluan raya dan pakaian baru.

 

Bagi Norliza Said,43 tahun yang merupakan ibu kepada pelajar ini amat menghargai   bantuan yang disumbangkan pihak universiti serta terharu dengan bantuan sebegini. Manakala Nur Juaini pula berkata, pengorbanan UMP dalam membantu keluarganya ini tidak mungkin dilupakan. Beliau akan berusaha untuk meraih kejayaan agar dapat mengubah nasib keluarganya pada suatu hari nanti.

Selain menerima barangan dan kelengkapan rumah, mereka sekeluarga juga berpeluang menikmati juadah berbuka puasa bersama Naib Canselor UMP , Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim bersama isteri, Datin Fazia Ali di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur. Hadir sama Pengarah Pengarah PIMPIN, Dr. Mahyuddin Ismail, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Profesor Dr. Zularisam Ab. Wahid.

 

 

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC



Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 29-07-2015, 15:53:11