UMP Perkenal Program MyGift sebagai Saluran Sumbangan Endowmen Universiti

Kuantan, 22 Jun – Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkenalkan program MyGift sebagai satu usaha mengumpul sumbangan daripada mana-mana pihak bagi menyalurkan sumbangan endowmen bagi tujuan tajaan pelajaran, penyediaan kemudahan prasarana kepada pelajar mahupun membudayakan semangat membantu bagi golongan yang memerlukan.
Sembilan jenis endowmen atau tabungan yang dilaksanakan adalah endowmen Kursi, Biasiswa Pelajar, Makmal, Tabung Ramadhan, Tabung Masjid, Tabung Bencana, Wakaf, Komuniti dan Tabung Tidak Patuh Syariah.
Menurut Naib canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, program MyGift ini diperkenalkan sebagai kemudahan kepada warga kampus dan alumni serta pihak luar terutamanya daripada industri mahupun syarikat untuk sama-sama menyumbang kepada tabung endowmen.
“Sebagai contoh endowmen Kursi merupakan dana atau derma dari mana-mana pertubuhan atau yayasan sukarela untuk penubuhan Kursi Kecemerlangan di universiti seperti  dalam menjalankan aktiviti seperti wacana ilmiah, akademik, penyelidikan, penerbitan dan perkongsian ilmu serta pembinaan kapasiti,” katanya yang hadir menyaksikan Portal MyGift yang boleh diakses orang ramai dalam laman sesawang UMP baru-baru ini.
Bagi universiti yang memiliki banyak dana boleh mengadakan pelbagai aktiviti di seluruh dunia seperti penyelidikan, membayar gaji profesor ternama dan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang sehingga menjadikannya terkenal dan maju.
Begitu juga dengan endowmen Biasiswa Pelajar diwujudkan  bagi membantu para mahsiswa yang menghadapi masalah kewangan semasa pengajian di peringkat universiti.
Di samping itu juga, dana ini turut dapat menyokong para pelajar yang cemerlang dalam pelajaran untuk menyambung pelajaran yang lebih tinggi di UMP serta memberi peluang kepada para pelajar untuk mengikuti program-program keilmuan di luar negara yang memerlukan kos yang tinggi.
Tambah beliau, endowmen makmal ataupun kemudahan pula diwujudkan bagi mengumpul dana daripada pihak industri yang berminat untuk menaja makmal atau aktiviti yang berkaitan di makmal-makmal tertentu.
Ujar beliau, syarikat-syarikat korporat yang berminat boleh memilih untuk menaja mana-mana makmal yang disenaraikan untuk ditaja bagi memacu penyelidikan di UMP. Makmal yang ditaja pula boleh dinamakan dengan nama individu atau syarikat korporat yang terlibat bagi menghargai peranan dan sumbangannya bergantung kepada jumlah peruntukan yang diberikan.
Sementara itu, sempena menjelangnya bulan Ramadan ini, seluruh warga universiti meliputi staf, mahasiswa, alumni, individu dan syarikat korporat yang berhasrat untuk menyumbang dalam Tabung Ramadan digalakkan yang dijalankan dalam bulan Ramadan untuk mengumpul dana sumbangan  bagi menaja aktiviti berbuka puasa kepada pelajar-pelajar UMP yang kurang berkemampuan.
Tabung Masjid pula mengumpulkan pelbagai sumbangan dalam bentuk wang ringgit ataupun peralatan bagi membantu pelbagai aktiviti dan pembangunan Masjid UMP serta lain-lain masjid yang memerlukan. Penderma mempunyai pilihan untuk menyumbang ke dalam tabung Masjid UMP secara terus atau secara atas talian.
Lain-lain adalah Tabung Bencana  untuk membantu mangsa-mangsa yang menghadapi bencana seperti bencana banjir, kebakaran atau kemusnahan harta benda disebabkan malapetaka; Tabung Wakaf yang ditujukan kepada individu atau syarikat korporat yang sudi menyumbangkan peralatan, kemudahan, kenderaan dan tunai bagi tujuan wakaf.
UMP turut memperkenalkan tabung Komuniti yang berperanan dalam memasyarakatkan universiti. Pelbagai program yang direka khusus untuk merapatkan jurang di antara masyarakat dan komuniti universiti. Ianya juga untuk menyokong program-program yang melibatkan universiti, komuniti dan industri.
Manakala Tabung Sumbangan Tidak Patuh Syariah pula memberi kemudahan kepada  orang ramai dalam menyalurkan sumbangan daripada hasil faedah yang diperoleh daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan  untuk maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
UMP mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak termasuk warga UMP, pelajar, alumni dan individu serta badan-badan korporat sama ada di dalam mahu pun luar negara dalam menyokong pembudayaan menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan di UMP ini.

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 25-06-2015, 09:09:14