In-Smartive Suntik Semangat Jati Diri 100 Pelajar SMK Bandar Tasik Selatan

Kuala Lumpur, 17 Mei – Seramai 21 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang bertindak sebagai fasilitator berjaya menjalankan program  Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) sebelum berakhirnya semester kedua sesi akademik 2014/2015 ini. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan menjadi destinasi terakhir bagi Kelab In-Smartive UMP dalam mengelolakan kolaborasi sulung bersama SMK Bandar Tasik Selatan membabitkan 100 pelajar sekolah tersebut.
Sepanjang tiga hari ini para peserta dari kalangan pemimpin muda unit beruniform Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 diuji sahsiah dan jati diri mereka berteraskan konsep ‘One for All, All for One’. Slot ringkas Oh Gambang Oh Pekan bersama pelajar Tingkatan 5 turut dijalankan untuk membantu mereka menetapkan laluan akademik pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekaligus memperkenalkan fakulti dan program yang ditawarkan oleh UMP.
Berucap semasa merasmikan penutupan program, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sophian Ramly berkata penglibatan dua orang alumni sekolah berkenaan sebagai penggerak program ini meningkatkan lagi kesedaran pelajar mengenai kepentingan pembetukan sifat kepimpinan dan yakin diri dalam diri mereka. Menurutnya lagi, melalui program ini, para pelajar berupaya untuk berfungsi sebagai ejen transformasi sikap dan budaya di sekolah sekaligus mampu membina legasi kepemimpinan yang akan menginspirasikan pelajar lain.
Pengurus Projek yang juga merupakan pelajar Tahun Pertama Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dan alumni SMK Bandar Tasik Selatan, Muhamed Marzuk Abdul Latiff, 20, berkata rasa tanggungjawab untuk memastikan kesinambungan legasi yang cemerlang diterjemahkan melalui inisiatif ini.
Sementara itu, penghulu program, Muhd Yunarasyid Muhd Amir Bakir, 14 melihat modul yang dijalankan seperti The Burj, Salah Siapa dan Cermin Diri mencabar beliau untuk berani mempertimbangkan keputusan dan berkomunikasi dengan berkesan. Antara modul lain yang turut dijalankan dalam program ini ialah Warkah Buat Sang Pemimpin, Last Man Standing, Cheers War dan Kau Boleh.
Dalam majlis yang sama, Meor Muhammad Shabil Zam Zuri,13, telah diumumkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik manakala Nur Aliah Maisarah Mohd Hassan,14, sebagai Peserta Perempuan Terbaik. Hadir sama Pengetua SMK Bandar Tasik Selatan, Hafsah Sharif, Naib Yang Dipertua PIBG, Rusli Ismail dan Ketua Penyelidik, Pejabat Naib Canselor merangkap Penasihat In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain.
Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 22-05-2015, 16:39:37