Program PIE Tingkat Penguasaan Mahasiswa Antarabangsa Berbahasa Inggeris

Kuantan, 14 April- Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) menganjurkan majlis penganugerahan sijil tamat Program  Intensif Bahasa Inggeris (PIE) kepada seramai 87 pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) , Prof. Dato. Dr. Yuserrie Zainuddin bertempat di Astaka, UMP Gambang yang turut dihadiri Timbalan Dekan PBMSK, Dr. Norehan Sulan.
Dalam ucapannya Dato’ Dr. Yuserrie mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program PIE Program Persediaan Intensif Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar antarabangsa.
Katanya, program PIE ini yang dijalankan pihak  PMBSK bermula sejak tahun 2008 lagi ini banyak membantu pelajar antarabangsa untuk meningkatkan pengguasaan Bahasa Inggeris  sebelum menyambung pengajian mereka di peringkat ijazah dan lepasan ijazah.
“Penguasaan bahasa Inggeris ini sangat penting bagi memudahkan pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti seharian  ketika melanjutkan pengajian di Malaysia. 
"Sehingga kini seramai 531 pelajar antarabangsa dari 37 buah negara yang telah mendaftar ke UMP bagi menyampung pengajian di peringkat sarjana muda dan lepasan Ijazah. Jumlah ini juga mewakili 5.43 peratus daripada jumlah enrolmen semasa iaitu 9780 pelajar di universiti ketika ini,” ujar Dato Dr. Yuserrie semasa berucap merasmikan Majlis Penyampian Sijil Tamat Program PIE.
Tambahnya, walaupun dilihat peratusan ini masih kecil namun ianya merupakan petunjuk positif bahawa UMP telah mencapai kedudukan berdaya saing dalam pasaran pendidikan global yang seterusnya mencapai Pelan Strategik UMP 2016-2020.
Beliau mengharapkan pelajar akan terus cemerlang  dalam pengajian sehingga  tamat pengajian dan diharapkan usaha untuk ini akan dapat menarik lebih ramai bakal pelajar untuk mendaftar pengajian di UMP.
Sementara itu, Koordinator yang menyelaras program PIE, Dr. Zailin Shah Yusoff, berbangga dengan perkembangan dan pencapaian pelajar antarabangsa yang mengikuti program ini sepanjang lima tahun pelaksanaannya.
Dalam majlis ini, pelajar Aiman Awadh Saleh Mokaizh diumum pemenang Most Outstanding Award  yang mendapat keputusan  5.8 dan mencapai tahap kompetensi dalam tempoh masa paling pantas iaitu sebulan. Anugerah  Best Achievement Award bagi kategori Pasca Siswazah dimenangi oleh Mohd Midhat Hasan dengan keputusan 6.5 manakala anugerah Best Achievement Award kategori Ijazah pula di menangi oleh Ahmed Hasan Ahmed Al Hamed dengan keputusan 6.3.

Kuantan, 14 April - Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) menganjurkan majlis penganugerahan sijil tamat Program  Intensif Bahasa Inggeris (PIE) kepada seramai 89 pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 17-04-2015, 09:21:12