Mahasiswa UMP Curah Bakti

KUALA BERANG, 12 April- 50  fasilitator mahasiswa dari Kelab In-Smartive, Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan program gerak sukarelawan serentak melibatkan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong dan Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Mengkawang dekat sini baru-baru ini.
Seramai 100 pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Asrama dan Exco Unit Beruniform menjayakan Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) yang dijayakan oleh 30 fasilitator Kelab In-Smartive.
Menurut Pengurus Projek, Mohamad Wafiq Taufik, 20, yang juga merupakan mahasiswa tahun pertama, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE), tumpuan modul IN-TEAM di sekolah ini ialah penghayatan falsafah ‘Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu’ dan ‘Akal Mendahului Emosi’ melalui modul khas seperti D.I.C.E, Work it Out, Cheers War dan The Burj.
Hadir menyempurnakan perasmian penutup IN-TEAM ialah Pengetua SMK Menerong, Hajah Kamariah Mamat yang turut berharap kerjasama pintar dengan UMP ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Beliau turut menyampaikan Anugerah Peserta Terbaik kepada pelajar Tingkatan Empat, Muhammad Shahrin Suriyadi, 16 dan pelajar Tingkatan Lima Nur Izazi Aziz, 17.
Sementara itu, di SK FELDA Mengkawang pula, seramai 20 fasilitator In-Smartive berganding bahu dalam Projek Kilauan Mutiara bersama 48 orang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi Pengurus Projek, Muhamad Khairi Mezah, 22, dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), pengisian program direkabentuk berkonsepkan motivasi akademik menggunakan modul seperti Pencetak Buruk, Story Behind the Paper dan Chopp!. 
“Selain itu, para fasilitator juga ditempatkan bersama keluarga angkat bagi mengeratkan silaturahim dengan komuniti setempat. Pengalaman ini pastinya menjadi kenangan bagi mahasiswa selain dapat memperkenalkan university kepada masyarakat umum,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Yusof Embong mengalu-alukan komitmen UMP dan menyatakan kesediaan pihaknya untuk memperkenalkan dan memperluaskan lebih banyak sekolah di sekitar Hulu Terengganu untuk menerima manfaat daripada inisiatif universiti komuniti ini.
Para fasilitator kedua-dua projek serentak ini seterusnya telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Pengurusan Rancangan FELDA Mengkawang. Hadir sama dalam majlis Pegawai Khas bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ajil, Abdullah Abdul Rahman. Turut hadir ialah Guru Besar SK Felda Mengkawang,Subiyamin Sulaiman, Pengurus Rancangan FELDA Mengkawang, Alias Mat, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mekan Tahir dan Penolong Pendaftar, Pejabat Naib Canselor, Mohd Jamil Mohd Ja’afar mewakili Penasihat In-Smartive.
Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 16-04-2015, 13:03:17