PBMSK dan Perpustakaan anjur program membaca RCP

Pekan, 1 April – Seramai 308 orang peserta dalam kalangan pelajar sarjana muda dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan telah mengikuti program Reading Circle Program (RCP) yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) dengan kerjasama Perpustakaan UMP.
Program yang disertai pelajar dari tiga fakulti melibatkan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang bertujuan menerapkan amalan budaya membaca serta untuk membina warga universiti yang berfikiran terbuka juga cintakan ilmu.
Program yang julung kali diadakan di UMP Kampus Pekan ini merupakan program kerjasama antara PBMSK dan Perpustakaan UMP yang bertujuan untuk mewujudkan satu platform yang mana semua pelajar berpeluang mengambil bahagian dalam berdiskusi tentang buku pilihan dan juga pengalaman membaca.
Program ini dirasmikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim di Perpustakaan UMP Kampus Pekan yang dihadiri Ketua Pustakawan, Haji Ruslan Bin Che Pee dan pengurusan  PBMSK. Hadir sama Pemangku Dekan PBMSK, Profesor Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik). Dr. Norrihan Sulan dan Ketua Jabatan Bahasa Moden, Dr. Hafizoh Kassim.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, dengan membaca seseorang itu akan dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara langsung dapat memajukan sesebuah negara.
“Budaya membaca ini perlu diterapkan kepada semua warga universiti demi merialisasikan impian untuk menjadi universiti contoh dalam menjayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat.,” katanya.
Pengarah program, Nurulatiqah Sahadan berkata, kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan PBMSK memilih Guru Bahasa di UMP Kampus Pekan untuk mengetuai inisiatif ini mencabar mereka untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Tambahan beliau lagi, program ini akan turut diadakan secara e-learning di mana KALAM@UMP akan digunakan sebagai platform manakala program secara e-learning akan diadakan secara bulanan bagi setiap semester.
Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan membaca melalui aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dari semasa ke semasa dan juga untuk menjadi satu usaha bagi meningkatkan tahap pembacaan di kalangan warga Universiti.
Disediakan oleh Nurulatiqah Binti Sahadan , Guru Bahasa, PBMSK, UMP Kampus Peka dan suntingan oleh Bahagian Kopmunikasi Korporat..

Disediakan oleh Nurulatiqah Binti Sahadan , Guru Bahasa, PBMSK, UMP Kampus Pekan dan suntingan oleh Bahagian Komunikasi Korporat

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 03-04-2015, 15:49:44