UMP terbit Buku Isu-Isu Berkaitan Akidah dan Syariah dalam Perubatan Tradisional

Kuantan, 17 Mac- Kemusykilan masyarakat mengenai perubatan tradisional yang sering menggunakan bantuan jin dan syaitan kini terlerai dengan penerbitan buku Isu-Isu Berkaitan Akidah dan Syariah dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari.
Buku yang diterbitkan Penerbit Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu merupakan hasil tulisan pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Dr Mahyudin Ismail bersama pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek mengenai penggunaan ilmu sihir dalam perubatan tradisional.
"Penerbitan buku ini adalah sebahagian daripada penyelidikan saya dalam Penggunaan Ilmu Sihir Dalam Kegiatan Jenayah di Malaysia dan ia adalah bukti kejadian kes sebenar pesakit yang terkena ilmu sihir berdasarkan pengalaman kami.
"Buku ini sesuai dibaca oleh masyarakat umum untuk lebih memahami pengutakuasaan Akta Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari yang tertakluk di bawah Kementerian Kesihatan," katanya.
Buku ini turut dilancarkan sempena Majlis Persidangan Kebangsaan Perpustakaan Akademik yang berlangsung di MS Garden anjuran Perpustakaan UMP baru-baru ini. 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Profesor Dr Mashitah Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar,Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, Pengarah Penerbit UMP, Prof Madya Dr Mohd Ghani Awang, Ketua Pustakawan, Ruslan Che Pee dan Timbalan Pustakawan, Kamariah Gono.
Dr. Mahyudin berkata, masyarakat perlu berhati-hati memilih pusat rawatan yang menggunakan nama Islam berikutan berlaku penipuan di kalangan pengamal perubatan terbabit.
"Orang ramai yang ingin melakukan rawatan tradisional perlu memilih pusat rawatan yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana ia mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
"Penipuan yang dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional ini amat buruk kesannya terhadap akidah masyarakat Islam kerana telah melakukan perkara khurafat dan syirik terhadap Allah SWT, "katanya.
Sementara itu, Pengarah Penerbit UMP, Prof Madya Dr Mohd Ghani Awang berkata, buku berkenaan boleh didapati di Pejabat Penerbit dengan harga RM60.00 senaskhah dan diskaun sehingga 30 peratus diberikan kepada pembelian melebihi 100 naskhah.
Katanya, ia adalah antara koleksi buku terbaik yang dihasilkan pada tahun ini dan menggalakkan lebih ramai penyelidik untuk menerbitkan hasil kajian mereka dalam bentuk buku umum untuk meningkatkan penerbitan buku negara.
Disediakan oleh Shalfarina Shahriman dari Pejabat Penerbit UMP.

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 02-04-2015, 13:02:44