PBMSK Laksana Program Transformasi Belia

Kuantan, 7 Mac – Seramai 30 orang peserta dalam kalangan belia membabitkan lima Persatuan Belia Daerah Maran berjaya menamatkan Program Transformasi Belia (Trans-B) anjuran Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diadakan secara berperingkat selama setahun berakhir baru-baru ini. 
Penyertaan melibatkan Persatuan Belia Kampung Bukit Kening, PRAKASA Chenor, Persatuan Belia Melayu Sejagat Kampung Jering, Persatuan Belia Kampung Berkat dan Persatuan Belia Felda Jengka. Peserta yang terdiri daripada peringkat umur 15 sehingga 30 tahun ini telah diterapkan dengan lapan modul melibatkan teori dan praktikal.
Ketua projek, Imadudin Abidin berkata, objektif program ini bertujuan meningkatkan prestasi keupayaan belia untuk mentadbir persatuan belia lebih efektif dan efisien. Bahkan program ini mengangkat kelestarian kehidupan di luar bandar melalui usaha sama bersama-sama Jabatan Pertanian Negeri Pahang. 
"Melalui program ini, belia yang menetap di desa dapat didedahkan dengan peluang ekonomi yang akan dapat diperolehi melalui hasil-hasil pertanian yang diusahakan. Modul terakhir bagi program ini merupakan modul sukarelawan yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan," katanya.
Menurut Imadudin, dalam program ini peserta dapat meluangkan masa bertemu pesakit-pesakit di hospital di samping membantu pesakit menjalani kehidupan harian mereka," katanya.
Katanya, Trans-B merupakan satu peluang yang amat besar bagi para belia di desa bagi mempelajari teknik-teknik asas yang perlu diketahui bagi memastikan pentadbiran belia lebih hebat dan mantap pada masa hadapan. Malahan melalui program ini juga mampu mentransformasi belia dan menjadikan golongan belia ini sebagai contoh role model utama dalam membentuk belia cemerlang dalam memastikan barisan pelapis ini hebat di mata dunia dan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara. 
Peserta program, Aliff Haikal, 20 tahun, berkata melalui program sukarelawan ini, para peserta didedahkan dengan peluang bagi membantu pelbagai golongan sama ada muda mahupun yang tua serta mereka dapat mendekatkan diri dengan masyarakat juga penduduk setempat.
Berita dan gambar disediakan oleh Nurul Syuhaida Mohd. Asri dan Imadudin Abidin  dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK). Suntingan oleh Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 30-03-2015, 16:04:01