Mahasiswa In-Smartive Bantu Pelajar Sekolah Jengka

Bandar Tun Abdul Razak Jengka, 22 Mac – Seramai 29 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Kelab In-Smartive telah menjalankan Projek Kilauan Mutiara selama tiga hari yang melibatkan 75 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Jengka 5 baru-baru ini. Program mendapat  sokongan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Menurut Presiden In-Smartive yang juga mahasiswa tahun empat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Ahmad Zarif Ahmad Fauzi, 23, Projek Kilauan Mutiara ini merupakan inisiatif pertama In-Smartive bagi tahun 2015 dalam membantu persediaan pelajar menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Fokus utama modul yang digunakan ialah semangat berpasukan, keluhuran sikap, semangat berpasukan, lonjakan prestasi akademik dan pemetaan hala tuju pasca UPSR”, katanya.
Dua peserta yang ditemui, Mohamad Nazihan Raimi Mohd Ali dan Siti Nazirah Mustapa, kedua-duanya 10 tahun menyatakan kegembiraan mereka kerana berpeluang mengikuti pelbagai modul menarik sepanjang program ini berlangsung.
Bagi Nazihan yang turut terpilih sebagai Peserta Lelaki Terbaik, modul Inovasi dan Exploremath dalam program ini merupakan slot kegemarannya, sesuai dengan minat beliau terhadap subjek Sains dan Matematik. Manakala Nazirah yang diumumkan sebagai Peserta Perempuan Terbaik pula meminati modul Last Man Standing yang menguji kemahiran pengucapan awam dan Chopp! yang melatih kemahiran kosa kata.
Pengurus Projek, Nor Hafizatul Ain Mohd Yusoff, 21, mahasiswa tahun dua Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) bersyukur kerana dapat berbakti di sekolah yang pernah nya bagi kali kedua selepas program sulung dijalankan pada tahun 2014.
Hadir merasmikan majlis penutupan ialah Guru Besar SK (LKTP) Jengka 5, Kasim Haji Pardi yang turut mengalu-alukan inisiatif UMP ini dan berharap penganjurannya dapat diteruskan secara tahunan dengan penglibatan komuniti setempat. Hadir sama dalam majlis ialah ketua kampung, Haji Ismail Salleh, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), Zamri Mat Lazim, wakil Pengurus FELDA, Roslan Tahir dan Asraf Ahmad mewakil penasihat In-Smartive.
 
Disediakan oleh Asraf Ahmad, Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor dan Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive.

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 27-03-2015, 08:47:51