Kelab In-Smartive UMP bimbing Calon UPSR SK Wira

Kuantan, 13 Mac – Seramai 41 orang fasilitator mahasiswa daripada Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjayakan Kem Pemantapan Jati Diri & Kerohanian kelolaan Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Panching melibatkan 180 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. 
Pengurus Projek, Nur Afiqah Turidi, 21, berkata kepercayaan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (SAffAD) UMP memilih Kelab In-Smartive untuk mengetuai inisiatif ini mencabar fasilitator untuk merekabentuk modul, konsep dan pendekatan baharu dengan bijaksana bagi memenuhi hasrat pihak sekolah.
Dalam memastikan program mencapai objektif, beberapa modul yang sesuai dilaksanakan antaranya ialah Tak Kenal Maka Tak Cinta, Kapal Karam, Cheers War, Last Man Standing, The Burj, Sayang Si Buta, Timeline dan Jet Impian. “Training of Trainers (ToT) telah dijalankan sebelum program dijalankan bagi memastikan modul tersebut bersesuaian dengan keperluan peserta dan kehendak pihak sekolah apatah lagi SK Wira ini baru sahaja mendapat penarafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)”, ujar Afiqah yang juga merupakan mahasiswa tahun pertama di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP).
Pihaknya berpuas hati dengan komitmen yang diterima daripada pihak sekolah dan peserta yang memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan program berjalan lancar. Hadir merasmikan penutupan program ialah Guru Besar SK Wira, Datin Nooraziza Sabarudin yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen UMP untuk bekerjasama dengan pihaknya dalam konteks pembangunan akademik dan sahsiah pelajar seperti kem ini. 
Hadir sama dalam program ialah Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Maimon Yusof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Noor Zaitun Izam Md Tahir dan Ketua Penyelidik Naib Canselor yang juga Penasihat In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain.
Berita dan gambar disediakan oleh Asraf Ahmad yang merupakan Pembantu Tadbir (Penyelidikan), Pejabat Naib Canselor bersama Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive, Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin.

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 23-03-2015, 10:44:30