Perpustakaan UMP anjur NCOAL

Kuantan 17 Mac - Seramai 70 peserta dari Perpustakaan awam dan swasta yang menyertai Persidangan Kebangsaan Perpustakaan Akademik (NCOAL) 2015 selama dua hari bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan.
Program yang julung kali diadakan ini merupakan program kerjasama antara Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang bertujuan untuk menjadi medan diskusi dan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam penjanaan maklumat berkualiti untuk menyokong penarafan universiti.
Program yang bertemakan “Ke arah Penarafan Universiti“ ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) UMP, Prof. Dato’ Dr. Yusserie Zainuddin dan Ketua Pustakawan, Haji Ruslan Che Pee dan pengerusi NCOAL 2015,  Hajjah Kamariah Gono. 
Menurut Prof. Mashitah, persidangan ini dianjurkan oleh pihak perpustakaan, namun skop perbincangan mencakupi aspek penerbitan penyelidikan, pengurusan ilmu, teknologi, pengurusan data serta rekod dalam penarafan sesebuah universiti.
Persidangan yang dihadiri 17 buah Universiti Awam dan 15 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ini membuktikan  matlamat untuk menaikkan rangking institusi masing-masing yang menjadi keutamaan agar ianya setanding dengan universiti yang berprestij.
Katanya, penarafan bukan sahaja penting bagi mempromosikan sesebuah organisasi tetapi ianya membuktikan kemampuan sesebuah organisasi mentadbir urus dengan cemerlang sehingga diiktiraf.
“Sebagai sebuah organisasi, pengiktirafan oleh badan-badan tertentu merupakan suatu yang amat bermakna dan diibaratkan seperti promosi percuma yang diberikan oleh agensi penarafan. Ianya bukan boleh dicapai dalam sekelip mata, bahkan memerlukan pengurusan yang efektif, kreatif dan koloboratif dengan jabatan-jabatan lain," katanya merasmikan persidangan.
Tambahnya lagi, hanya tinggal tempoh beberapa bulan sahaja lagi dalam tahun 2015 bagi Universiti Awam memastikan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara  fasa 2 ‘Jangkauan Global Malaysia Baharu’ dapat dicapai. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui empat (4) inisiatif KPM  iaitu Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Sistem Penilaian Universiti Penyelidikan (MyRA), Sistem Penarafan Institut Pengajian  Tinggi Malaysia (SETARA & D-SETARA) dan Sistem Pengumpulan Data IPTA (MyMOHES).
Teras ke-4 PSPTN adalah untuk memperkasakan IPT yang mana penarafan Universiti Awam adalah terikat kepada penanda aras atau KPI. Setiap IPT bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan membekalkan data-data bagi tujuan penarafan.
Justeru, persidangan kali ini medan untuk perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan data dan perlaksanaan inisiatif bagi mencapai sasaran dan melangkaui jangkauan pemegang taruh. Malahan, bersaing dalam meningkatkan kualiti merupakan budaya sihat yang mesti dimiliki oleh setiap organisasi. Peluang untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa sering terbuka dan ruang untuk di tambahbaik sering wujud. 
Sementara itu, Haji Roslan mengharapkan persidangan ini akan memberi peluang kepada para peserta untuk saling berkongsi pengalaman dan tadbir urus terbaik dalam organisasi. Di samping itu juga diharapkan ianya dapat mengeratkan silaturrahim antara satu  sama lain.
Ucaptama sesi pertama di sampaikan oleh Pengarah Pusat Kajian Nadir Bumi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz dengan mengulas tajuk Penarafan Universiti dan Agenda Nasional : Satu Perspektif. Manakala pada kedua pula ucaptama akan disampaikan oleh Pengerusi Program sejarah Lisan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), YM Dato' Prof. Dr. Hj. Raja Abdullah Raja Yaacob.
Pada masa yang sama turut berlangsung pelancaran buku terbitan Penerbit UMP yang bertajuk “Isu-isu Berkaitan Akidah dan Syariah dalam perubatan tradisional dan Komplementari yang tulis oleh Dr. Haji Jahid Haji Sidek dan pensyarah Pusat bahasa Moden dan sains Kemanusiaan yang juga Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Dr. Mahyuddin Ismail.  
Buku ini membincangkan secara tunas berkenaan isu-isu yang melengkari Perubatan Islam di negara ini serta hubungkaitnya dengan persoalan akidah dan syariah. Terdapat  bayak amalan yang disandarkan atas nama perubatan islam, namun pada hakikatnya ia bercanggah degnan akidah dan syariat islam.
Turut diadakan pameran daripada beberapa agensi seperti Electric Library, Yuha Associates Sdn. Bhd, Springer dan lain-lain lagi.

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 19-03-2015, 17:07:53