Mahasiswa UMP Bimbing Pemimpin Pelajar


Kuala Lipis, 8 Mac – Seramai 31 orang fasilitator mahasiswa daripada Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya memberikan semangat baharu kepada 100 pemimpin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku dalam Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) baru-baru ini.
 
Program yang berlangsung selama tiga hari ini menguji ketahanan mental dan fizikal dalam kalangan peserta melibatkan pengawas sekolah, pengawas asrama, Pembimbing Rakan Sebaya dan ketua tingkatan melalui pelbagai modul yang direka bentuk khusus berdasarkan keperluan dan iklim semasa sekolah.
 
Berbeza dengan siri pertama penganjurannya pada tahun lalu, tumpuan utama In-Team kali ini adalah terhadap pemupukan sifat berdikari dan berani bertanggungjawab dalam konteks kepimpinan pelajar di sekolah.
 
Mengulas tentang fokus pengisian In-Team, Pengurus Projek, Madyasir Ahmad Basir, 20, menyatakan bahawa penggubalan modul baharu yang berbeza sepenuhnya daripada modul lepas dan kini ianya agak mencabar.
 
“Hampir separuh daripada bilangan peserta kali ini telah pun mengikuti siri pertama In-Team pada tahun lepas, justeru kami perlu bijaksana menyusun modul supaya tidak berlaku pengulangan yang mungkin mengurangkan keberkesanan pengisiannya”, tambah Madyasir yang juga merupakan mahasiswa tahun pertama di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP).
 
Bagi peserta program, Wan Akmal Aiman Wan Mohd Rizal, 13, sama sekali tidak menyangka namanya diumumkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik memandangkan beliau merupakan peserta tunggal daripada Tingkatan 1 dalam kem ini.
 
Katanya, walaupun berseorangan, pengisian sepanjang In-Team telah memberikan keyakinan yang tinggi kepadanya untuk menjadi pemimpin yang efektif, khususnya dalam aspek pengucapan awam. Manakala bagi Pelajar Tingkatan 5 yang diumumkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan, Siti Norehan Mohamad, 17, walaupun telah mengikuti kem sama kelolaan In-Smartive pada tahun lalu, namun beliau tetap mempelajari ilmu, kemahiran dan banyak pengalaman baharu.
 
Hadir merasmikan penutupan In-Team ialah Naib Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Padang Tengku, Shamsudin Idris. Beliau menzahirkan penghargaan terhadap komitmen UMP untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Malahan  beliau turut mengharapkan agar koloborasi ini dapat terus dikembangkan secara konsisten, khususnya dalam aspek pembangunan jati diri pelajar.
 
Turut hadir bersama ialah Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Mohd Rosli Awang Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Harinawati Hussain, Ketua Penyelidik Naib Canselor yang juga Penasihat In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden In-Smartive, Ahmad Zarif Ahmad Fauzi.
 
Berita dan gambar disediakan oleh Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive,
Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin dan disunting Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

Kuala Lipis, 8 Mac – Seramai 31 orang fasilitator mahasiswa daripada Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya memberikan semangat baharu kepada 100 pemimpin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku dalam Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini menguji ketahanan mental dan fizikal dalam kalangan peserta melibatkan pengawas sekolah, pengawas asrama, Pembimbing Rakan Sebaya dan ketua tingkatan melalui pelbagai modul yang direka bentuk khusus berdasarkan keperluan dan iklim semasa sekolah.

 

Berbeza dengan siri pertama penganjurannya pada tahun lalu, tumpuan utama In-Team kali ini adalah terhadap pemupukan sifat berdikari dan berani bertanggungjawab dalam konteks kepimpinan pelajar di sekolah. Mengulas tentang fokus pengisian In-Team, Pengurus Projek, Madyasir Ahmad Basir, 20, menyatakan bahawa penggubalan modul baharu yang berbeza sepenuhnya daripada modul lepas dan kini ianya agak mencabar.

“Hampir separuh daripada bilangan peserta kali ini telah pun mengikuti siri pertama In-Team pada tahun lepas, justeru kami perlu bijaksana menyusun modul supaya tidak berlaku pengulangan yang mungkin mengurangkan keberkesanan pengisiannya”, tambah Madyasir yang juga merupakan mahasiswa tahun pertama di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP).

 

Bagi peserta program, Wan Akmal Aiman Wan Mohd Rizal, 13, sama sekali tidak menyangka namanya diumumkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik memandangkan beliau merupakan peserta tunggal daripada Tingkatan 1 dalam kem ini. Katanya, walaupun berseorangan, pengisian sepanjang In-Team telah memberikan keyakinan yang tinggi kepadanya untuk menjadi pemimpin yang efektif, khususnya dalam aspek pengucapan awam. Manakala bagi Pelajar Tingkatan 5 yang diumumkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan, Siti Norehan Mohamad, 17, walaupun telah mengikuti kem sama kelolaan In-Smartive pada tahun lalu, namun beliau tetap mempelajari ilmu, kemahiran dan banyak pengalaman baharu.

 

 

Hadir merasmikan penutupan In-Team ialah Naib Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Padang Tengku, Shamsudin Idris. Beliau menzahirkan penghargaan terhadap komitmen UMP untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Malahan  beliau turut mengharapkan agar koloborasi ini dapat terus dikembangkan secara konsisten, khususnya dalam aspek pembangunan jati diri pelajar.

Turut hadir bersama ialah Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Mohd Rosli Awang Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Harinawati Hussain, Ketua Penyelidik Naib Canselor yang juga Penasihat In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden In-Smartive, Ahmad Zarif Ahmad Fauzi.

 

Berita dan gambar disediakan oleh Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab In-Smartive, Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin dan disunting Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC.

 



Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 17-03-2015, 15:24:02