Mahasiswa UMP Terpilih dalam Mobiliti Antarabangsa Mahasiswa Malaysia-Mexico

Mexico, 26 Januari -  Seramai  20 orang mahasiswa terpilih daripada sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyertai Program  Mobiliti Antarabangsa Malaysia-Mexico 2015 (MPMEX2015) yang buat julung kalinya dianjurkan pihak  Kedutaan  Besar Malaysia-Mexico dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan  Mexico. 
Program selama tiga minggu ini bertujuan menggalakkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Mexico dari sudut akademik di peringkat universiti dan pendidikan pengajian tinggi.
Penyertaan melibatkan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Turut sama terlibat mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai lapangan pengajian termasuk Kejuruteraan, Perniagaan Antarabangsa, Gastronomi dan juga Sains Sosial.
Program bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antarabangsa antara Malaysia dan Mexico serta menjalin persahabatan yang erat antara pelajar di antara dua benua ini. Selain itu, program ini juga menggalakkan pelajar yang terlibat untuk membina jati diri dan motivasi melalui pengalaman  kehidupan di negara luar.
Peserta dari UMP, Muhammad Aizat Azed, pelajar tahun 3 dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) berkata, mahasiswa berpeluang mendapatkan pendedahan yang meluas tentang suasana kehidupan seharian di negara Mexico di samping membina sifat kecintaan dan  penghargaan  terhadap negara sendiri.
“Dalam program ini  mahasiswa dibahagikan  mengikut bidang pengajian masing-masing di Malaysia seperti mahasiswa yang mengambil jurusan kejuruteraan akan menjalani tempoh pengajian selama tiga minggu di Technlogico De Estadios Superiores De Jocotitlan (TESJo),”
“Manakala pelajar Sains Sosial ditempatkan di Universidad Intercultural Estado De Mexico (UIEM) dan bagi mahasiswa yang mengambil jurusan gastronomi dan perniagaan antarabangsa pula ditempatkan di  Universidad  Autonoma Estado De Mexico (UAEM), “ katanya.
Bagi Muhammad Aizat, peluang keemasan ini membolehkan beliau bertemu dengan Rektor TESJo, Jose Luis Guillermo Gonzalez Rodriguez. Pertemuan ini memberinya peluang menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai profil universiti serta  program pengajian yang ditawarkan bagi menggalakkan lagi program-program dua hala antara dua universiti ini yang mempunyai profil yang berteraskan pengajian dan penyelidikan  Kejuruteraan dan teknologi .
Katanya peserta turut didedahkan dengan  keunikan budaya dan tradisi masyarakat di Mexico. Minggu pertama di Mexico banyak dipenuhi dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bersama masyarakat setempat bagi mempelajari budaya dan tradisi.
Mereka dapat merasai sendiri masakan tradisi masyarakat negara ini dengan  mencuba pakaian tradisi dan mempelajari pelbagai jenis tarian tradisi masyarakat yang terdapat di  Mexico.
Menurut Aizat, peluang berkunjung ke penempatan masyarakat Ottomi dan merasai sendiri masakan tradisi masyarakat Ottomi sangat mengujakan. Begitu juga dengan peluang mencuba permainan tradisi Pinata dan berkunjung ke Piramid Teotihuacan.
Beliau turut berkongsi suasana pembelajaran di dalam kelas kejuruteraan di TESJo serta bertemu dengan Dr Eng Aracelli dan Dr Mariano yang merupakan tenaga pengajar kejuruteraan alam sekitar dan kejuruteraan robotik.
Mahasiswa turut berkunjung ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Mexico yang terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi yang kaya dengan hasil peninggalan sejarah  lampau,  tapak-tapak  arkeologi yang berharga serta tempat-tempat pelancongan yang menarik.
Mereka juga sempat berkunjung ke Teotihuacan yang menjadi tumpuan terletaknya dua buah piramid terbesar hasil tinggalan kaum  Mayan beribu tahun dahulu. Selain itu peserta turut mendaki Valle De Bravo, berkunjung ke Pusat Kebudayaan Mexico di Malinalco dan menyaksikan keindahan Pekan Metepec serta  melakukan aktiviti lasak dan santai di La Marquesa.
 
-habis-
 
Berita dan gambar disediakan oleh Muhammad Aizat Azed dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) dan disunting Unit Perhubungan Awam Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 26-02-2015, 15:05:13