UMP, ECERDC Anjur Program Motivasi Pelajar Sekolah

Pekan, 16 Ogos - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menganjurkan program Motivasi Perdana Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014  bertempat di Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya, baru-baru ini. 
Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa yang menyertai program sebagai persiapan pelajar menghadapi peperiksaan UPSR. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pekan, Asiah Hamzah yang turut sama- sama memberi sokongan dengan program tersebut.
Dalam ucapannya beliau berkata, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan anak yang cemerlang, peranan ibu bapa ini amat besar iaitu mereka sebagai jurulatih, mentor, sahabat dan guru di rumah. Golongan ini bukan sahaja untuk meningkatkan motivasi pelajar malah kepada ibu bapa juga .
“Peranan sekolah yang mengambil peranan untuk kejayaan anak-anak muridnya, namun dengan kerjasama ibu bapa, pihak swasta dan komuniti dapat memantapkan lagi pencapaian cemerlang pelajar," katanya.
Menurut Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC,  Mohd Prasad Hanif pula, sesi motivasi ini merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh ECER di bawah program empower yang direka khusus memberi inspirasi dan menggalakkan para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Bagi pengarah program ECER-UMP,  Zainal Bahari dari UMP Advanced Education Sdn. Bhd (UAE) berkata, program ini sememangnya dirancang bagi memberi penekanan terhadap kekuatan mental dalam situasi menghadapi peperiksaan.
Selain itu juga mereka dapat meningkatkan motivasi pelajar dan ibu bapa agar lebih yakin untuk cemerlang dalam pembelajaran. Di antara pengisian program adalah slot motivasi perdana murid bersama ibubapa dan sesi dialog bagi membincangkan permasalahan menangani emosi anak bagi menghadapi peperiksaan. 
Hadir sama Guru Kaunseling Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Mohd Ramdzan Mohd Zain dan guru Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya merangkap setiausaha peperiksaan, Nor Azah Abdullah Sani.
-habis-

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 25-09-2014, 15:56:52