Explore Kapit kongsi inovasi pelajar UMP dengan komuniti rumah panjang

Kapit (Sarawak), 16 Julai– Seramai 24 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalankan program khidmat masyarakat, perkongsian akademik dan sosiobudaya dengan komuniti rumah panjang di Kampung Ng. Merit yang merupakan salah sebuah perkampungan pedalaman di daerah Kapit di negeri Sarawak. 
Program dianjurkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad) serta mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Program diadakan bertujuan untuk mendekati masyarakat luar bandar yang terdiri daripada suku Kaum Iban dan kaum Beketan yang merupakan kaum minoriti Sarawak. Menariknya program ini peserta berpeluang menjalankan projek inovasi yang boleh dimanfaatkan komuniti masyarakat rumah panjang di luar bandar ini.
Menurut pengarah program, Micheal Anak Jangi, 23  berkata, menerusi program ini mahasiswa berpeluang tinggal bersama 16 keluarga angkat di rumah panjang dan menjalankan  aktiviti seharian bersama penduduk di sana.
"Penduduk rumah panjang amat gembira dan teruja menerima kedatangan mahasiswa UMP dan pengalaman ini merupakan yang pertama seumpamanya buat mereka menerima tetamu dari luar yang sanggup tinggal selama enam hari bersama-sama mereka."
"Mahasiswa juga melaksanakan program khidmat komuniti dengan menjalankan projek inovasi pembinaan “Water Dam”  untuk mendapatkan kemudahan air kepada penduduk yang bergantung kepada sumber air sungai sebagai sumber air. Menerusi projek ini, mahasiswa bersama komuniti penduduk kampung bersama-sama  menjalankan aktiviti meninggikan aras ketinggian tanah sebagai sekatan untuk membuatkan air bertakung bagi memastikan air mengalir deras," katanya yang berbangga dapat membawa raka-rakan mahasiswa berkunjung ke kampung asalnya.
Micheal yang pernah dilantik memegang jawatan Naib Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013. berkata, program ini memberi beliau peluang berkongsi pengetahuan tentang projek inovasi tahun akhir seliaan pensyarah FKM, Profesor Dr Ir. Yusoff Ali ini pernah dijalankan di UMP Pekan. Projek “Aquaponik Gravity Flow System” yang menggabungkan tanaman sayuran kangkung dan ikan talapia yang boleh dijalankan penduduk di sini.   
Lain-lain projek termasuklah demontrasi hasil penyelidikan mahasiswa FKM, Tan Hong Boon iaitu “Solar Cooker” - masakan dengan menggunakan pantulan cahaya matahari, “Mechanical Water Pump”-  fabrikasi untuk salurkan air ke rumah panjang bagi menjimatkan penggunaan  penggunaan pam dan projek yang dinamakan “Engine Sterring”.
Dalam masa yang sama peserta program turut membantu pelajar sekolah menyediakan mini perpustakaan, melukis dan mewarna lukisan dinding (Mural) dan projek penghasilan “Water Rocket Launcher” yang dijalankan di Sek.Keb. Ng Merit.
Lebih meriah diadakan program sukaneka dan pertandingan antara rumah panjang seperti acara tarik tali dan bola sepak. Turut diadakan program motivasi, perkongsian ilmu dan lawatan sambil belajar ke SK. Ng Merit, Sek.Men.Keb. Kapit dan Kolej Vokasional Sibu (KVS), Sarawak. 
Majlis penutup program disempurnakan Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan pegawai Saffad, Abdul Rahman Ahmad selaku Penasihat Program Explore kapit 2014. 
Prof. Dato’ Dr. Yuserrie mengharapkan program sebegini harus diteruskan kerana ianya mempamerkan sikap keprihatinan mahasiswa UMP yang peka terhadap pembangunan masyarakat luar bandar. Malahan, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar dan pelajar sekolah terhadap kepentingan ilmu pembelajaran, sains dan kejuruteraan dalam kehidupan. 
Penghuni rumah panjang juga menganjurkan mengadakan majlis meraikan tetamu iaitu “Ngiling Bidai” yang turut menampilkan pelbagai persembahan termasuk sketsa dan tarian “Ngajat” yang disertai bersama komuniti rumah panjang dan mahasiswa.
Berita dan gambar disediakan Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Abd. Rahman Ahmad dan suntingan oleh Unit Perhubungan Awam Bahagian Komunikasi Korporat PNC.
 
Posted By : NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD Date Posted : 14-08-2014, 14:53:33