Majlis Meraikan Sukarelawan UMP dan Peserta Teach Malaysia Teach

Pekan, 20 Mac – Seramai 144 peserta dan 70 fasilitator Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach diraikan dalam majlis penghargaan yang diadakan di Dewan Kuliah 1, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan di UMP Pekan baru-baru ini.
Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach merupakan inisiatif libatsama komuniti yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kebajikan & Kemajuan Sosial Pulau Pinang (PKKS) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) yang digerakkan oleh sukarelawan mahasiswa dari Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) melibatkan tujuh buah sekolah rendah sekitar daerah Pekan sejak dua tahun lalu.
Di antara sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ahmad, SK Seri Biram, SK Seri Terentang, SK Langgar, SK Indera Shahbandar, Sekolah Jenis Kebangsaan CIna (SJKC) Pekan dan SJKC Yoke Hwa.
Dalam majlis ini, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim menyuarakan kegembiraan pihak pengurusan universiti terhadap mesej murni yang diterapkan dalam modul-modul Teach Malaysia Teach terhadap kumpulan sasaran ini.
Katanya, pendidikan tidak hanya terbatas kepada aspek akademik, tetapi juga turut melibatkan kemahiran insaniah yang menjurus kepada pembentukan akhlak dan adab serta sifat kewarganegaraan tulen yang patriotik seperti yang terkandung dalam modul Teach Malaysia Teach.
Sementara itu, Pengerusi PKKS, Elia Mastura Kamaruddin memuji komitmen tinggi kumpulan fasilitator Kelab In-Smartive UMP dalam menjayakan program ini. 
Elia turut menambah bahawa para peserta inisiatif tersebut yang terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6 telah turut menunjukkan transformasi sikap untuk menjadi lebih cemerlang.
Setiausaha Bahagian Latihan Kelab In-Smartive, Azmira Othman yang juga merupakan fasilitator program turut menyatakan, pihaknya telah mengendalikan beberapa siri latihan kepada para sukarelawan sebelum pelaksanaan inisiatif ini dengan bantuan PKKS, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan dan Persatuan Bekas Pegawai Pendidikan Malaysia (PBPPM) Cawangan Daerah Pekan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad).
Menurut pelajar Tahun 3 dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal berkata, usaha ini dapat memastikan keberkesanan penyampaian modul kepada para peserta. Malah, lebih membanggakan, usaha kelab ini juga dalam Teach Malaysia Teach turut melayakkan Kelab In-Smartive dipilih sebagai finalis Anugerah Ikon Varsiti bagi kategori Projek Khidmat Sosial Dalam Negara anjuran Berita Harian pada tahun 2012.
Selain menyaksikan persembahan daripada para pelajar, dalam majlis ini  Dato’ Dr. Daing turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para fasilitator Kelab In-Smartive UMP dan Anugerah Cemerlang kepada para peserta.
Hadir sama dalam majlis adalah Khairul Nizam Abdul Razak yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, Haji Abdul Rahman Kemat yang mewakil Pengerusi PBPPM Cawangan Daerah Pekan, Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden In-Smartive, Asraf Ahmad.
Disediakan oleh Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Teknologi yang merupakan Penasihat Kelab In-Smartive UMP. 

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 31-03-2014, 17:11:22