97 Pelajar SMASH dan SMAI sertai Projek Kilauan Mutiara

George Town, 26 Mei – Seramai 97 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama al-Mashoor Lelaki (SMASH) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam (SMAI) berjaya memanfaatkan cuti persekolahan baru-baru ini dengan menyertai Projek Kilauan Mutiara anjuran Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Pengurus Projek yang juga mahasiswa tahun tiga dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Mohamad Eliyass Jamaruppin 21 berkata, para peserta terdiri daripada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di kedua-dua sekolah.
Katanya, di sepanjang empat bulan yang lalu, pihaknya dapat berbakti di 17 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia dan projek pada kali ini  merupakan aktiviti terakhir Kelab In-Smartive bagi Semester 2, Sesi 2012-2013.
"Projek selama tiga hari yang berlangsung di Kompleks Asrama SMASH ini telah diisi dengan pelbagai modul interaktif yang menumpukan aspek pembangunan kendiri, komunikasi, kerjasama, kerohanian dan motivasi diri peserta membabitkan seramai 35 fasilitator mahasiswa UMP," katanya. 
Antara aktiviti menarik yang diikuti peserta termasuklah Bursa Saham, Choppp!, Kau Boleh!, Muhasabah Diri, Explorace, Last Man Standing dan Timeline.
Turut mengisi jadual aktiviti peserta ialah perkongsian khas bersama pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ismail Abustan dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai cabaran pemetaan hala tuju akademik pasca SPM.
Hadir merasmikan penutupan projek ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMASH, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Daud. Turut hadir ialah Ketua Penyelidik Naib Canselor yang juga Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden Kelab In-Smartive, Mohd. Jamil Mohd. Ja’afar.
Dalam majlis sama, Profesor Dr. Wan Rosli turut menyampaikan Anugerah peserta terbaik kepada Muhammad ‘Arif Mat Naser dari SMASH dan Aminuddin Ahmad dari SMAI. 
Berita dan gambar disediakan oleh Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Teknologi.

Dalam majlis sama, Profesor Dr. Wan Rosli turut menyampaikan anugerah peserta terbaik kepada Muhammad ‘Arif Mat Naser dari SMASH dan Aminuddin Ahmad dari SMAI. 

Berita dan gambar disediakan oleh Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Teknologi.

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 10-06-2013, 11:24:24