UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013


 

Kuala Lumpur, Mei – Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya merangkul 18  pingat dan satu anugerah khas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2013 (ITEX'13) dengan membawa pulang 12 pingat emas dan enam perak. Pertandingan dianjurkan Malaysian Invention and Design Society (Minds) dengan kerjasama World Intellectual Property Organisation (Wipo) buat kali ke-24    baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  
Lebih membanggakan penyelidikan Profesor Madya Dr. Abdurrahman Hamid Nour dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) bertajuk “Water as an Alternative Energy and Pullutant Control" berjaya memikat hati juri apabila hasil penyelidikan berkaitan penemuan air sebagai sumber tenaga alternatif dalam mengawal pencemaran ini dianugerahkan pingat emas dan  Anugerah Khas Henry Goh (Best Green Technology Invention).
Pingat emas turut dimenangi penyelidik dari FKKSA, Profesor Ahmad Ziad  Sulaiman dengan penyelidikannya bertajuk Effect of Ultrasound on Enzymatic Extraction of Eurycoma Longofolia (Tongkat Ali) for Cosmeceutical and Nutraceutical Application. Penyelidikan ini mengetengahkan mengenai kaedah meningkatkan hasil kadar pengekstrakan herba iaitu daripada Tongkat Ali dengan menggunakan teknologi gabungan enzim berbentukkan teknologi ultrasound untuk kegunaan dalam bidang kosmetik. 
Penyelidik Rosyati Hamid dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) juga menang pingat emas dengan penyelidikannya bertajuk An Automated Detection & Quantifation of Pus Cells and Epithelial Cells for Sputum Quality Testing with Moving Stage Using Biological Microscope.  Penyelidikannya berkaitan sistem untuk mengesan dan mengira virus serta sel yang terdapat dalam kahak dan nanah  bagi mendapatkan keputusan yang lebih konsisten.
Begitu juga hasil penyelidikan mengenai alat pengesan nitrite yang terdapat pada sarang burung turut menang pingat emas menerusi penyelidikan oleh Dr.Tan Ling Ling @ Chong Ling Ling dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI).
Lain-lain pingat emas turut dimenangi Profesor Madya Dr. Ghazi Faisal Najmudeen (FKKSA), Profesor Madya Dr. Maksudur Rahman Khan (FKKSA), Mohd. Najib Razali (FKKSA), Ahmad Rosli Abdul Manaf (FKP), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli (FSKKP), Dr. Chong Kwok Feng (FSTI) dan Dr. Gurumurthy Hegde (FSTI).
Di antara penyelidik yang berjaya dianugerahkan pingat perak adalah Profesor Madya Dr. Md. Maksudur Rahman Khan (FKKSA), Dr Norrozila Sulaiman (FSKKP), Profesor Dr Jose Rajan (FSTI) dan Profesor Madya Dr. Md Lutfor Rahman (FSTI).
Dua pingat perak yang diperolehi adalah hasil sumbangan daripada Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) bagi kategori pendidikan iaitu Mardhiyyah Zamani dengan penyelidikannya bertajuk Zikir Intelligent dan Dr. Norrihan Sulan dengan penyelidikannya A Corpus of Thematic Quran Verses. 
Pertandingan kali ini juga menyaksikan booth UMP turut berjaya memikat hati juri apabila dinobatkan menang pingat emas bagi Kategori Rekabentuk Booth Pameran Terbaik. 
Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim berbangga dengan pencapaian 100 peratus kemenangan ini. "Kejayaan ini merupakan satu petanda positif kepada universiti terhadap penghasilan hasil penyelidikan UMP yang lebih berinovasi dan kreatif serta dapat dimanfaatkan kepada masyarakat dan pembangunan negara," katanya.
Pameran bertemakan Kejuruteraan dan Teknologi ini dirasmikan oleh bekas Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Hj Omar Abdul Rahman dengan penyertaan lebih daripada 500 projek penyelidikan tempatan dan luar negara.
Kuala Lumpur, 11 Mei – Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya merangkul 18  pingat dan satu anugerah khas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2013 (ITEX'13) dengan membawa pulang 12 pingat emas dan enam perak. Pertandingan dianjurkan Malaysian Invention and Design Society (Minds) dengan kerjasama World Intellectual Property Organisation (Wipo) buat kali ke-24    baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  

Lebih membanggakan penyelidikan Profesor Madya Dr. Abdurrahman Hamid Nour dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) bertajuk “Water as an Alternative Energy and Pullutant Control" berjaya memikat hati juri apabila hasil penyelidikan berkaitan penemuan air sebagai sumber tenaga alternatif dalam mengawal pencemaran ini dianugerahkan pingat emas dan  Anugerah Khas Henry Goh (Best Green Technology Invention).

Pingat emas turut dimenangi penyelidik dari FKKSA, Dr. Ahmad Ziad  Sulaiman dengan penyelidikannya bertajuk Effect of Ultrasound on Enzymatic Extraction of Eurycoma Longofolia (Tongkat Ali) for Cosmeceutical and Nutraceutical Application. Penyelidikan ini mengetengahkan mengenai kaedah meningkatkan hasil kadar pengekstrakan herba iaitu daripada Tongkat Ali dengan menggunakan teknologi gabungan enzim berbentukkan teknologi ultrasound untuk kegunaan dalam bidang kosmetik. 

Penyelidik Rosyati Hamid dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) juga menang pingat emas dengan penyelidikannya bertajuk An Automated Detection & Quantifation of Pus Cells and Epithelial Cells for Sputum Quality Testing with Moving Stage Using Biological Microscope.  Penyelidikannya berkaitan sistem untuk mengesan dan mengira virus serta sel yang terdapat dalam kahak dan nanah  bagi mendapatkan keputusan yang lebih konsisten.

Begitu juga hasil penyelidikan mengenai alat pengesan nitrite yang terdapat pada sarang burung turut menang pingat emas menerusi penyelidikan oleh Dr.Tan Ling Ling @ Chong Ling Ling dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI).

Lain-lain pingat emas turut dimenangi Profesor Madya Dr. Ghazi Faisal Najmudeen (FKKSA), Profesor Madya Dr. Maksudur Rahman Khan (FKKSA), Mohd. Najib Razali (FKKSA), Ahmad Rosli Abdul Manaf (FKP), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli (FSKKP), Dr. Chong Kwok Feng (FSTI) dan Dr. Gurumurthy Hegde (FSTI).
 

Di antara penyelidik yang berjaya dianugerahkan pingat perak adalah Profesor Madya Dr. Md. Maksudur Rahman Khan (FKKSA), Dr Norrozila Sulaiman (FSKKP), Profesor Dr Jose Rajan (FSTI) dan Profesor Madya Dr. Md Lutfor Rahman (FSTI).

Dua pingat perak yang diperolehi adalah hasil sumbangan daripada Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) bagi kategori pendidikan iaitu Mardhiyyah Zamani dengan penyelidikannya bertajuk Zikir Intelligent dan Dr. Norrihan Sulan dengan penyelidikannya A Corpus of Thematic Quran Verses. 

Pertandingan kali ini juga menyaksikan booth UMP turut berjaya dinobatkan pingat emas bagi Kategori Rekabentuk Booth Pameran Terbaik. 

Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim berbangga dengan pencapaian 100 peratus kemenangan ini. "Kejayaan ini merupakan satu petanda positif kepada universiti terhadap penghasilan hasil penyelidikan UMP yang lebih berinovasi dan kreatif serta dapat dimanfaatkan kepada masyarakat dan pembangunan negara," katanya.

Pameran bertemakan Kejuruteraan dan Teknologi ini dirasmikan oleh bekas Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Hj Omar Abdul Rahman dengan penyertaan lebih daripada 500 projek penyelidikan tempatan dan luar negara.
 
Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Bahagian Komunikasi Korporat PNC


Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 15-05-2013, 11:45:13