Mahasiswa UMP Dekati Calon SPM

Jengka, 21 April – Seramai 38 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) memanfaatkan cuti hujung minggu mereka dengan mendekatkan diri dengan masyarakat bagi menjayakan Projek Kilauan Mutiara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Utara dekat sini, baru-baru ini.
Dengan mensasarkan 94 pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah tersebut sebagai penerima manfaat, program tiga hari yang dianjurkan oleh Kelab In-Smartive dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (SaFFaD) ini memberi fokus kepada cetusan transformasi sikap dan sahsiah diri sebagai pemangkin kecemerlangan akademik serta masa depan.
Pengurus Projek Kilauan Mutiara, Mohd Salihin Mohd Zakaria, 22 berkata, pihaknya memilih SMK Lepar Utara sebagai penerima manfaat berdasarkan kedudukannya yang terletak agak jauh di pedalaman dengan bilangan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang besar. 
“Terdapat keperluan untuk mahasiswa dalam memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai pemetaan hala tuju pasca SPM dan seterusnya merangsang motivasi mereka untuk cemerlang seperti pelajar-pelajar di kawasan bandar”, kata Mohd Salihin lagi yang merupakan seorang mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) UMP.
Pelbagai modul interaktif mengisi jadual aktiviti para peserta seperti Bursa Saham, Last Man Standing, Invent!, The Burj, D.I.C.E, S.W.O.T, Timeline dan Muhasabah Diri. Sinonim dengan setiap projek kelolaan Kelab In-Smartive, peserta turut merasai pengalaman menikmati hidangan dalam talam secara berkumpulan bagi memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan di antara mereka.
Pengetua SMK Lepar Utara, Haji M. Yusri Marjan yang memuji Kelab In-Smartive UMP dengan penganjuran program ini mengharapkan supaya kelestarian kerjasama kedua-dua pihak diteruskan dengan pelbagai inisiatif lain pada masa hadapan. 
“Peluang seperti ini jarang sekali diperolehi oleh generasi pelajar sekolah pada 20 tahun lepas, tetapi dengan wujudnya universiti di setiap negeri, termasuk UMP ini telah membolehkan proses pemindahan ilmu dan pengalaman lebih mudah berkembang dan hakikat ini perlu disyukuri para pelajar”, kata beliau lagi ketika merasmikan penutupan projek ini.
Dalam majlis tersebut, Haji M. Yusri turut menyampaikan Anugerah Peserta Lelaki dan Perempuan Terbaik kepada Mohamad Fitri Mohamed dan Siti Nur Hidayah Ismawadi. Hadir menyaksikan program ialah Ketua Penyelidik Naib Canselor merangkap Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden Kelab In-Smartive, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.
Berita disediakan oleh Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Teknologi.

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 25-04-2013, 08:42:07