Kem Interaksi Pemimpin Muda Perkasakan Jati Diri Pelajar Sekolah


 

Jeli, 13 April – Komitmen institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam membangunkan potensi kepimpinan pelajar sekolah memberi nilai tambah yang tinggi kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025. Malah, inisiatif ini juga menyumbang kepada pemerkasaan jati diri pelajar berasaskan jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
Demikian harapan Pegawai Pelajaran Daerah Jeli, Haji Ab Kadir Sulaiman ketika merasmikan majlis penutup Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) anjuran Kelab In-Smartive UMP di Pulau D.O., Taman Santuari Tasik Pergau dekat sini hari baru-baru ini.
Kem selama tiga hari ini melibatkan penyertaan seramai 94 pengawas dan pembimbing rakan sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Jeli bersama  37 mahasiswa UMP yang bertindak sebagai fasilitator.
Sepanjang kem ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai modul interaktif dan mencabar seperti “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, Suai Fizikal, Suai Diri, “Last Man Standing”, Bursa Saham, “The Burj” dan Muhasabah Diri.
Menurut Pengurus Projek yang juga mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) Siti Aisyah Mohammad Rasidi, ini merupakan kali kedua Kelab In-Smartive mengelolakan IN-TEAM di daerah jajahan Jeli setelah program sama diadakan di SMK Kuala Balah pada Januari 2013. 
“Kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah membolehkan semua modul kem ini dijalankan dengan lancar”, kata beliau lagi.
Dalam majlis yang sama juga, Haji Ab Kadir turut menyampaikan pemenang Anugerah Peserta Terbaik (Lelaki) yang dimenangi oleh Muhammad Lattiffie Latiff, 19 dan pemenang Anugerah Perserta Terbaik (Perempuan) adalah Sazyani Mazlan, 19 yang masing-masing merupakan pelajar tingkatan 6 SMK Ayer Lanas.
Becerita tentang pengalaman yang dilalui peserta, Muhammad Lattiffie berkata bahawa cabaran sebenar kem ini terletak pada keunikan konsep dan pendekatan modul yang digunakan. 
Manakala bagi Sazyani pula, rekabentuk modul yang menekankan kewarasan minda dan kewajaran tindakan berasaskan pendekatan “akal mendahului emosi” membezakan IN-TEAM dengan kursus kepimpinan lain yang diikutinya sebelum ini. Beliau juga berharap agar kem ini terus diadakan pada masa hadapan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua SMK Ayer Lanas, Kamaluddin Ismail, Ketua Penyelidik Naib Canselor yang juga Penasihat Kelab In-Smartive UMP, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden Kelab In-Smartive, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.
Gambar dan berita disediakan oleh Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Teknologi

 

 

 

Jeli, 13 April – Komitmen institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam membangunkan potensi kepimpinan pelajar sekolah memberi nilai tambah yang tinggi kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025. Malah, inisiatif ini juga menyumbang kepada pemerkasaan jati diri pelajar berasaskan jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Demikian harapan Pegawai Pelajaran Daerah Jeli, Haji Ab Kadir Sulaiman ketika merasmikan majlis penutup Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) anjuran Kelab In-Smartive UMP di Pulau D.O., Taman Santuari Tasik Pergau dekat sini hari baru-baru ini.

Kem selama tiga hari ini melibatkan penyertaan seramai 94 pengawas dan pembimbing rakan sebaya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Jeli bersama  37 mahasiswa UMP yang bertindak sebagai fasilitator. Sepanjang kem ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai modul interaktif dan mencabar seperti “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, Suai Fizikal, Suai Diri, “Last Man Standing”, Bursa Saham, “The Burj” dan Muhasabah Diri.

Menurut Pengurus Projek yang juga mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) Siti Aisyah Mohammad Rasidi, ini merupakan kali kedua Kelab In-Smartive mengelolakan IN-TEAM di daerah jajahan Jeli setelah program sama diadakan di SMK Kuala Balah pada Januari 2013. 

 

“Kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah membolehkan semua modul kem ini dijalankan dengan lancar,” kata beliau lagi.

Dalam majlis yang sama juga, Haji Ab Kadir turut menyampaikan pemenang Anugerah Peserta Terbaik (Lelaki) yang dimenangi oleh Muhammad Lattiffie Latiff, 19 dan pemenang Anugerah Perserta Terbaik (Perempuan) adalah Sazyani Mazlan, 19 yang masing-masing merupakan pelajar tingkatan 6 SMK Ayer Lanas.

Becerita tentang pengalaman yang dilalui peserta, Muhammad Lattiffie berkata bahawa cabaran sebenar kem ini terletak pada keunikan konsep dan pendekatan modul yang digunakan. Manakala bagi Sazyani pula, rekabentuk modul yang menekankan kewarasan minda dan kewajaran tindakan berasaskan pendekatan “akal mendahului emosi” membezakan IN-TEAM dengan kursus kepimpinan lain yang diikutinya sebelum ini. Beliau juga berharap agar kem ini terus diadakan pada masa hadapan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua SMK Ayer Lanas, Kamaluddin Ismail, Ketua Penyelidik Naib Canselor yang juga Penasihat Kelab In-Smartive UMP, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden Kelab In-Smartive, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.

 

Gambar dan berita disediakan oleh Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Teknologi

 

 



Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 16-04-2013, 10:41:04